Apple telah diperkatakan bakal memperkenalkan Macbook baru pada bulan Oktober ini, dan sehingga kini tiada berita mengenai tarikh pelancarannya. Terkini, laporan baru hadir mengatakan Apple mungkin memperkenalkannya pada 27 Oktober 2016 kelak.
Melalui Macbook Pro baru, Apple dijangka menyertakan beberapa perkara, termasuk salah satunya adalah bar paparan digital pada bahagian atas papan kekunci. Disamping itu, Apple juga dikatakan mungkin akan membuang port USB bersaiz biasa pada Macbook Pro, dan hanya menawarkan sokongan USB-C sahaja.
Disamping Macbook Pro, kemaskini untuk Macbook Air turut dijangka diumumkan, dan dikatakan Apple akan menamatkan model 11-inci untuk Macbook Air.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah Apple akan umumkan secara rasmi pada 27 Oktober kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan