10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN SOLID STATE DRIVE (SSD) DI KOMPUTER ANDA
Solid State Drive (SSD) atau juga dikenali sebagai Solid State Disk kini merupakan keperluan bagi komputer moden. Berbanding zaman beberapa tahun lepas di mana harga SSD adalah sangat mahal, kini terdapat banyak model budget ssd yang boleh dibeli di pasaran pada harga yang mampu milik. Terima kasih kepada kemajuan teknologi dan economies of scale.
Bagi mereka yang kurang jelas, SSD ialah teknologi storan yang lebih baru dan moden berbanding mechanical hard disk biasa yang digunakan pada majoriti komputer desktop dan laptop. Bezanya, SSD tiada “mechanical atau moving parts” dan kurang risiko mengalami kerosakan data berbanding hard disk. Lumrah teknologi baru, harga bagi SSD adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan hard disk biasa – contohnya pada harga satu SSD kapasiti 120GB anda boleh beli hard disk biasa dengan kapasiti 1TB. Tetapi, walaupun harga lebih tinggi, SSD menawarkan banyak kelebihan lain yang membuatkan pengguna tegar SSD sukar untuk menggunakan komputer dengan hard disk biasa.
Apple merupakan syarikat pembuat komputer yang menyertakan SSD di dalam setiap model laptop mereka iaitu, Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro. Itulah sebabnya anda lihat Macbook dijual dengan kapasiti 128GB, 256GB dan 512GB. Apple lebih mementingkan kelajuan berbanding kapasiti. Hasilnya, kebanyakan model Macbook walaupun menggunakan processor dual-core tetapi sangat laju dan responsif. Pembuat PC lain pula kini dilihat semakin beralih kepada storan SSD di dalam model-model komputer terbaru, dan tidak terhad kepada komputer kategori high-end sahaja.
- Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.
- Penggunaan Solid State Drive melajukan boot komputer anda kepada kurang daripada 10 saat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 8.1 dan Windows 10)
- Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsif – contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser, scan antivirus dan sebagainya. Untuk mengoptimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.
- Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.
- Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.
- Model terkini Solid State Drive mempunyai fungsi “DevSleep” iaitu lebih menjimatkan penggunaan bateri – sangat berguna kepada komputer jenis Ultrabook dan laptop untuk bisnes di mana ketahanan bateri sangat penting.
- Solid State Drive tiada komponen mekanikal yang bergerak (moving parts) – ini menjadikan ia lebih tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data penting seperti hard disk biasa.
- Solid State Drive lebih senyap dan lebih sejuk berbanding Hard Disk biasa – tiada lagi bunyi bising “spinning” hard disk dan kurang risiko hardware panas yang boleh membawa kepada overheat dan kerosakan hardware.
- Dari segi fizikal, Solid State Drive lebih ringan berbanding hard disk – sedikit mempengaruhi berat keseluruhan laptop atau desktop PC.
- Harga Solid State Drive kini jauh lebih murah berbanding ketika 3-5 tahun lepas, adalah sangat berbaloi untuk invest sedikit bagi mendapatkan lebih kelajuan, ketenangan fikiran dan produktiviti yang meningkat.
sumber dari: https://einz.my/
Anda ada masalah dengan MacBook?
- Slow
- Rosak
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. dengan menggunakan ssd macbook/laptop anda akan lebih laju dan anda akan lebih berpuas hati menggunakannya.
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
- WhatsApp/Messenger Abang M
- Facebook Macnote studio
- Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan