Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 5 Sebab Kenapa Logic Board Boleh Rosak

Cari Model Mac

Khamis, 30 November 2017

5 Sebab Kenapa Logic Board Boleh Rosak

5 Sebab Kenapa Logic Board Boleh Rosak


Apa itu logic board? Logic board itu adalah board yang hold semua komponen-komponen untuk macbook itu berfungsi. Logic board ini sama sahaja fungsinya seperti motherboard laptop dan pc.
Terdapat beberapa sebab yang memyebabkan logic board anda rosak. Dibawah merupakan sebab-sebab logic board boleh rosak. Benda ini sangat sensitif dengan haba dan suhu yang panas.
1. FAN ROSAK / BERBUNYI
Kedengaran bunyi bising atau pelik di bahagian fan macbook anda? Faktor yang menyebabkan masalah ini berkemungkinan disebabkan fan tersebut berlanggar dengan objek lain atau bilah fan itu patah. Yang paling teruk adalah fan tersebut langsung tidak berfungsi / rosak.
2. ON MACBOOK UNTUK JANGKA MASA YANG LAMA TANPA HENTI
Dinasihatkan untuk anda tidak menggunakan macbook untuk jangka masa yang lama tanpa henti. Kerana komponen logic board itu akan panas sebaiknya anda off kan dahulu dalam 30 minit selepas 4-5 jam on dan kemudian anda boleh sambung kembali.
3. THERMAL PASTE SUDAH KERING
Thermal paste juga menjadi faktor yang menyebabkan laptop panas. Ini kerana tujuan thermal paste adalah untuk disapukan di bahagian gpu dan cpu, bertujuan untuk menyejukkan komponen laptop anda. Alang-alang anda buat clean dust periksa thermal pasta itu ok lagi ke tak.
4. TIDAK PERNAH LAKUKAN SERVIS
Ini merupakan sebab dimana ramai diantara kita di luar sana beranggapan servis ini tidak penting. Sekiranya anda tidak buat servis anda tidak tahu fan anda berfungsi seperti biasa atau tidak, thermal pastes ok lagi ke tidak dan habuk dalam itu banyak ke tidak.
5. BANYAK HABUK DAN DEBU / PERSEKITARAN
Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting terhadap kondisi macbook anda. Sebagai contoh menggunakan laptop di kawasan yang berdebu dan berhabuk adalah tidak elok ini kerana lebih cepat habuk terkumpul ke laptop anda berbanding di tempat yang lebih kondusif.
Demikian 5 sebab kenapa logic board anda boleh rosak. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada  semua.


Credit: frlaptopservice

Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez bro Zubair

Tiada ulasan:

Catat Ulasan