Cara Mudah Untuk Menjaga Laptop Anda
Laptop ini umpama nyawa, sebab pada
laptop inilah kita buat kerja, bermain, dan sebagainya. Dan adalah sangat
penting untuk kita menjaganya dengan baik, dan juga pastikan laptop kita di
dalam keadaan yang lain. Cuba ikut langkah-langkah mudah ini dan inshaAllah,
laptop boleh bertahan lebih lama.
1. Jauhkan sebarang
jenis cecair daripada laptop.
Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja,
dan cuba elakkan air minuman dan sebagainya daripada laptop. Cecair ini boleh
menyebabkan kerosakan pada motherboard.
2. Jauhkan makanan
daripada laptop.
Jangan makan berdekatan dengan laptop, ada
kemungkinan serpihan-serpihan makanan akan jatuh di celah-celah butang keyboard
dan secara tak langsung menjemput serangga-serangga dan juga merosakkan litar
laptop.
3. Jangan gunakan
ataupun simpan laptop di dalam ruang yang ada binatang peliharaan.
Binatang peliharaan meskipun kelihatan manja dan
tidak bersalah, tetapi, ketika ia bermain, laptop boleh tercampak ataupun rosak
ketika ia berlari, duduk atas laptop dan sebagainya.
4. Bersihkan tangan
sebelum menggunakan laptop.
Tangan yang bersih memudahkan untuk menggunakan
touchpad laptop, dan tangan yang bersih juga boleh mengelakkan daripada
sebarang kotoran, ataupun kerosakan melalui calar. Pastikan juga tangan sudah
kering sebelum mengguankan laptop.
5. Lindungi skrin dan
hinge laptop.
Sebelum tutup laptop, pastikan tiada apa-apa pada
keyboard, ataupun pada bahagian hinge laptop untuk elakkan skrin tercalar
ataupun pecah dan juga elakkan hinge daripada patah.
Credit :
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez bro Zubair
Ez bro Zubair
Tiada ulasan:
Catat Ulasan