Sepanjang 18 tahun saya melayari internet, ada beberapa kali computer saya dijangkiti virus semasa menggunakan internet. Anda semua yang memiliki komputer, laptop dan sebagainya, disarangkan menggunakan perisian antivirus supaya lebih selamat.
Sama ada anda menggunakan perisian antivirus atau seperti windows defender atau suite keselamatan yang lengkap seperti BitDefender, anda perlu sedar bahawa terdapat perlbagai cara yang mudah untuk pc, laptop untuk di jangkiti virus.
Dengan sedikit latihan asas, anda boleh mengurangkan masalah virus dan malware, dan akhirnya dapat menikmati internetdengan cara anda.
1. BUKA LINK & DOWNLOAD FILE YANG DI PERCAYAI SAHAJA
Anda tidak perlu melawat laman web yang diragui atau muat turun (download) fail yang tidak sah (illegal). Ini kerana peluang untuk dijangkiti oleh virus atau malware adalah tinggi. Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan diri anda dari melawati laman web ini, pastikan sistem anda dilindungi.
2. MEMATIKAN HTML DALAM E-MEL
Cara yang biasa bagaimana malware diedarkan adalah melalui e-mel. Malah, e-mel berniat jahat (malicious) boleh secara automatik menjalankan skrin malware dalam paparan HTML. Itulah sebabnya kebanyakkan email client dan webmail secara default tidak memaparkan HTML content (seperti gambar).
3. JANGAN TERTIPU DENGAN TAKTIK MENAKUTKAN PENGGUNA (SCARE TACTIC)
Mereka datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Saya akan memberikan anda beberapa contoh di bawah, secara umumnya anda tidak seharusnya install perisian anti-virus, anti-spyware atau anti-malware dari sumber-sumber yang tidak dipercayai (untrusted).
Saya cadangkan untuk pengguna Windows adalah kombinasi perisian malware seperti :
- AntiVirus Free Version (anti-virus)
- Microsoft Windows Defender (anti-virus)
- Malwarebytes Anti-Malware (anti-malware)
Jadi macam mana penipu (scammer) menakutkan orang ramai? Biasanya, apabila anda melawat laman web, pop-up akan memberi amaran kepada anda bahawa anti-virus komputer anda ketinggalan zaman atau dijangkiti dan anda perlu install anti-virus dan melakukan imbasan untuk membuang malware tersebut.
4. LAKUKAN IMBASAN PADA EXTERNAL DRIVE YANG DI SAMBUNGKAN PADA KOMPUTER ANDA
Jika anda menyambungkan external drive, sebagai contoh USB dari rakan anda ke komputer anda, pastikan anda membiarkan perisian anti-virus komputer melakukan imbasan pada USB tersebut.
Rakan anda mungkin tidak tahu bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti malware. Jika anda memiliki perisian anti-virus, anti-malware pada komputer anda terus lakukan imbasan tanpa ragu-ragu.
5. BERI PERHATIAN APABILA ANDA INSTALL SOFTWARE
Selalunya, installer software termasuk sekali dengan optional software, seperti toolbar atau perisian tambahan. Berhati-hati semasa anda bersetuju untuk install perisian tersebut.
Sentiasa pilih custom installation dan untick apa-apa benda yang tidak anda ketahui, terutamanya optional software yang anda sendiri tidak download dan install. Apa yang boleh dikatakan jangan install perisian dari sumber yang tidak dipercayai (untrusted).
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu
menyelesaikan masalah anda.. dengan menggunakan TIPS di atas anda akan
dapat menggunakan macbook/laptop anda dengan lebih lama.
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE
STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi
kami melalui:
·
Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang
terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1.
KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
-
25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Penulis
Zulhilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan