Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: KENAPA PRESTASI MAC ANDA PERLAHAN?

Cari Model Mac

Khamis, 23 November 2017

KENAPA PRESTASI MAC ANDA PERLAHAN?






Di sini min kongsikan tips bagaimana untuk kembalikan kelajuan prestasi mac korang.

1. Kenal aplikasi.
Elakkan aplikasi yang menjanjikan penggunaan optimum dan akan melajukan mac anda. Sesetengah aplikasi 'cleaning'-contoh CCleaner versi Mac. Ia mungkin akan membuang fail2 sementara dan menambahkan ruang storage namun ia takkan melajukan prestasi Mac.


2. Pantau aktiviti
Guna Activity Monitor(dalam windows dipanggil Task Manager), untuk lihat proses yang sedang running atau aplikasi mana yang menggunakan banyak sumber dan kuasa. Tekan Command+Space untuk buka spotlight search. Taip activity monitor dan tekan enter.


Tekan pada kolum %CPU untuk melihat senarai application yang sedang running menggunakan CPU. Dalam sesetengah kes ada aplikasi solo yang menggunakan 99% CPU yang anda ingin tamatkan. Untuk tutup, tekan pada aplikasi dan tanda 'X' pada toolbar. Pastikan yang running bukan application yang penting sebelum anda 'force quit'. Boleh cuba tutup secara normal dahulu sebelum gunakan cara ini.

Boleh klik 'view' pilih 'All Processes' untuk lihat semua aplikasi yang sedang running pada background sistem OSX. Klik pada kolum 'memory'-proses yang menggunakan memori yang besar boleh menyebabkan mac perlahan. Juga kolum 'Disk';proses yang menggunakan disk storage juga mempengaruhi kelajuan Mac.


3. Tutup aplikasi
Sistem Mac Os gemar membiarkan aplikasi running pada dock.  Biapun anda dah klik pada butang 'x'-ia masih running pada background. Ini bukanlah masalah besar. Namun jika ia mempengaruhi kelajuan Mac, sebaiknya anda hentikan aplikasi itu.  Untuk 'quit', right click atau ctrl-klik dan pilih 'quit'



4. Startup program
Jika Mac anda perlahan semasa log masuk, mungkin kerana ada terlalu banyak startup program.
Untuk ubah, buka system preferences pada Apple menu icon belah kiri atas dekstop. Klik 'User & groups', pilih akaun user yang sedang anda gunakan, klik 'Login items'. Buang tanda tick(/) untuk buang aplikasi yang akan terbuka masa log in.
Jika anda ingin sesuatu aplikasi terbuka secara automatik semasa anda log masuk, klik pada '+' pada bawah senarai dan tambah.




5. Bersihkan Launch Agents.
Salah satu kegunaan CleanMyMac 3 adalah ia boleh membersihkan Launch Agents; (berfungsi untuk membantu aplikasi) Ia run secara senyap di background dan launch aplikasi tanpa anda ketahui. Jika anda dapati ada proses atau aplikasi yang run bukan anda yang buka, anda mungkin hadapi masalah Launch agents.
Download Cleanmymac 3, pada 'extension' ->Launch agents untuk bersihkannya.


6. Kurangkan transparency dan animasi
Transparency dan animasi boleh menghauskan hardware graphic dalam Macs keluaran lama. Mengurangkan dua ciri ini boleh melajukan mac.
Buka paparan system preferences. Klik pada 'Accessibility', tick pada 'reduce transparency'. Menggunakan cara ini dalam OS yosemite pada Macs keluaran lama dapat melajukan prestasi mac.



Anda juga mungkin boleh menekan pada 'dock' di bawah paparan system preference dan pilih 'scale effect' berbanding 'genie effect- boleh melajukan animasi minimumkan paparan.


7. Web browser.
Menggunakan Google Chrome pada Mac Os adalah kurang disarankan kerana prestasinya agak kurang bagus berbanding diguna pada windows.
Cuba kurangkan extension pada browser dan kurangkan jumlah tab untuk jimat memory dan penggunaan CPU.
Juga boleh gunakan Safari browser, yang prestasinya lebih bagus pada OSX, selain juga dapat menjimatkan penggunaan bateri.


8. Firevault disk encryption.
Firevault disk encryption diaktifkan secara default oleh Mac OS X yosemite. Ia boleh melindungi fail di dalam mac dari dicuri atau diakses dari luar. Juga untuk elakkan dari penukaran password dan proses sign in tanpa izin anda terlebih dahulu.
Dalam sesetengah model, ini mungkin akan melambatkan proses boot up dan sign in. Untuk nyahaktif ciri ini, pergi pada system preference, klik 'security & privacy', pilih 'firevault' dan tekan off pada fire vault encryption.
Sebaiknya ciri ini dibiarkan on, kecuali apabila anda mengalami masalah untuk masuk atau sign in.


9. Bersihkan storage disk
Dalam sesetengah model mac, kurangkan storage pada disk boleh melajukan prestasi jika anda mempunya jumlah storage disk yang kecil. Untuk lihat, klik pada Apple menu, pilih 'About this mac' dan tekan pada storage.


10. Reset SMC
Reset SMC boleh menyelesaikan pelbagai masalah pada Mac.  SMC-System Management Controller boleh perbaiki masalah prestasi dan kelajuan, juga masalah boot up dan masalah hardware wifi. Ia takkan memadam data-ia seolah proses boot semula dalam level rendah.



11. Install semula Mac OS X
Jika semua cara ini tidak berkesan , boleh install semula atau reformat operating system anda. Cara ini sangat berkesan dalam apa device sekalipun-iphone atau ipad.

Ini lebih mudah berbanding format atau install semula windows-anda tak perlu memuat turun sebarang media dan driver. Hanya boot pada special recovery mode, dan mac secara automatik akan download fail-fail yang diperlukan dari Apple. Tapi pastikan anda backup dahulu semula file sebelum mulakan proses.

Juga, jika anda masih menggunakan cakera mekanikal sebagai storage mungkin sudah sampai masanya anda menggantikan dengan cakera Solid State Drive. Yang tu konfem laju!





Sumber ; How to geek


Tiada ulasan:

Catat Ulasan