Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Perbezaan Antara VGA, DVI Dan HDMI Port

Cari Model Mac

Khamis, 30 November 2017

Perbezaan Antara VGA, DVI Dan HDMI Port

Perbezaan Antara VGA, DVI Dan HDMI Port

 

Terdapat banyak cara yang berbeza untuk menyambungkan sumber video kepada TV dan monitor, dan ia agak mengelirukan, kerana terdapat begitu banyak port dan connector.
Ini bermakna terdapat banyak peranti (device) di luar sana dengan pelbagai jenis sambungan (connectorvideo. Tetapi apakah perbezaan antara mereka semua? Yang mana yang anda perlukan?
Dalam artikel ini, kita akan melihat jenis kabel yang biasa digunakan dan anda mungkin menggunakan salah satu darinya.
VGA
Video graphic array (vga) adalah satu sambungan (connector) tertua yang masih digunakan dalam peralatan komputer. Ia mula dibangunkan oleh IBM dan diperkenalkan pada sekitar tahun 80-an. Ia telah digunakan secara meluas untuk video card, tv sets, monitor komputer, dan laptop.
VGA boleh menyokong resolusi sehingga 640 x 480 dalam 16 warna, walaupun anda boleh meningkatkan warna hingga ke 256 dengan mengurangkan resolusi 320 x 200. Ini dikenali sebagai Mod 13h dan biasanya digunakan apabila boot komputer anda ke dalam Safe Mode. Ia juga mod yang digunakan dalam permainan komputer pada akhir 80-an dan awal 90-an
DVI
Lebih daripada satu dekat selepas IBM memperkenalkan VGA, dan selepas itu Digital Display Working Group melancarkan teknologi baru iaitu, DVI, bermaksud Digital Visual Interface, boleh menghantar video digital dalam salah satu daripada tiga mod.
·         DVI-I (Integrated) menggabungkan digital dan analog dalam connector yang sama.
·         DVI-D (Digital) menyokong isyarat digital sahaja.
·         DVI-A (Analog) menyokong analog sahaja
HDMI
HDMI, atau High Definition Media Input, banyak digunakan dalam peralatan komputer dan laptop baru. HDMI telah dicipta oleh sekumpulan pengeluar elektronik, seperti Sony, Sanyo, Toshiba. Bertujuan untuk memindahkan (transfervideo dan audio untuk monitor komputer, televisyen digitaldvd atau blue ray player.

HDMI mengunakan format video yang sama seperti DVI, kedua-duanya sangat compatible. Walau bagaimanapun DVI tidak support audio seperti HDMI yang  support video dan audioHDMI juga terkenal dengan 4K dan Ultra HD kerana resolusi video yang hebat.

Credit : frlaptopservice


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez bro Zubair

Tiada ulasan:

Catat Ulasan