Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: BACKUP IPHONE DAN IPAD

Cari Model Mac

Ahad, 26 November 2017

BACKUP IPHONE DAN IPAD

Sumber ; How to geek


Apple tawarkan 5GB icloud storage percuma kepada pengguna, tapi tahu2 je dah sampai limit. Naik notifikasi 'icloud full, need to upgrade storage' ; yang diisi dengan gambar, dokumen, icloud email dan data-data lain.

Kalau anda mempunyai banyak peranti iOS, makin cepat storage penuh. Untuk 5GB itu per Apple ID, bukan per peranti. Jadi adalah lebih bagus untuk kosongkan kembali ruang 5GB berbanding membayar lebih untuk storage.

BACKUP ICLOUD

Untuk tengok icloud storage buka aplikasi setting, pada 'general' pilih 'storage & icloud usage' untuk lihat baki storage yang tinggal dalam akaun iCloud.



Jika tinggal ciput, ini yang anda perlu lakukan.

Setiap iPhone dan iPad akan automatik backup data ke iCloud setiap kali memuat turun aplikasi. Ini automatik apabila peranti di-plug in, dan bersambung dengan Wi-Fi; senang kata setiap kali charge akan automatik backup. Ini untuk memastikan anda tak kehilangan data aplikasi. Jika ada masalah dengan software peranti, ini akan memudahkan proses restore semula aplikasi ke dalam peranti. Namun,, anda masih perlu backup melalui itunes untuk backup aplikasi secara keseluruhan, sama juga dengan musik, video dan media lain.

Tekan pada 'Manage storage' untuk lihat aplikasi yang menggunakan storage icloud.


Anda boleh pilih untuk disable aplikasi yang mana tidak penting untuk fungsi backup. Mungkin boleh disable aplikasi yang auto-sync melalui online, contoh evernote, pocket, tweeter. Apabila anda disable, data akan dibuang dari iCloud storage dan tidak akan dibackup.

Langkah akhir anda boleh disable sahaja fungsi iCloud backup untuk sementara dan aktifkan apabila perlu. Juga boleh backup secara manual melalui iTunes dengan plug in iPhone atau iPad ke pc atau Mac melalui USB; dengan cara ini data akan tersimpan ke dalam pc.





DAH-DAH LA TU BACKUP SELFIE

Gambar memakan banyak gila ruang dari 5GB icloud storage yang ciput. Melalui iCloud Photo Library, iCloud akan backup secara automatik gambar yang diambil; membolehkan access kepada semua Apple peranti. Bunyi memang sangat umph, tapi gambar lah yang makan paling banyak space. Kot perempuan sehari selfie 30 gambar..

Untuk disable backup gambar

Cadangan; cuba aplikasi lain seperti Google Photos, Dropbox, dan Flickr yang juga akan automatik backup gambar; storage aplikasi ini juga lebih besar berbanding iCloud. Jadi 5GB storage iCloud boleh beri ruang pada simpanan data lain.


BUANG DOKUMEN DAN DATA

Pada 'Manage storage' juga ada bahagian 'Documents & Data'; dokumen, setting, games juga data lain yang iCloud sync kan dengan peranti lain. Anda mungkin boleh buangkan sahaja data-data yang tidak penting.

ICLOUD MAIL

Salah satu yang memakan ruang iCloud. Boleh buangkan email-email yang ada large attachment, atau email tak penting; jika anda pengguna iCloud email. Juga boleh disable sahaja fungsi backup pada Mail.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan