Tidak mustahil untuk mengecas iPhone atau iPad anda dengan lebih cepat dengan menggunakan adapter yang mempunyai watt lebih tinggi, malangnya, cara ini tidak berhasil pada MacBook. Namun begitu, ada beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk cas cepat penuh .
Apple melalui laman sokongan rasminya menyatakan bahawa anda boleh menggunakan adapter dengan watt yang lebih tinggi selain dari adapter asal MacBook tersebut. Walaubagaimanapun, ianya tidak akan membuatkan cas cepat penuh .
Jom lihat jalan apa lagi yang anda ada.
1. Cas MacBook anda semasa ianya dimatikan atau pada mod tidur.
Bila berkesempatan, tutup MacBook anda atau letakkannya kedalam mod tidur supaya cas cepat penuh.
Diuji pada MacBook Pro 2016 15 inci, bateri boleh dicas dari 10% ke 100% tidak lebih dari 2 jam (semasa MacBook dimatikan). Manakala, dari 10% ke 100% memerlukan 3 jam lebih (semasa MacBook digunakan/dihidupkan)
2. Ubah tetapan anda agar cas cepat penuh.
Jika anda terpaksa menggunakan MacBook anda dan mahukan MacBook anda dicas penuh dengan secepat mungkin, cuba cara ini:
- Klik pada ikon bateri di bar menu untuk melihat apa aplikasi atau tetapan yang menggunakan Significant Energy.
- Rendahkan kecerahan skrin MacBook anda.
- Tutup segala apps yang tak diperlukan.
- Tutup Location Services.
- Tutup Wi-Fi jika tidak digunakan.
- Buang segala sambungan (contohnya external drive, USB flash drive, memori kad dan sebagainya)
Anda juga boleh periksa tetapan kuasa melalui Open Energy Save Preferences di bar menu. Pastikan Automatic graphics switching dan lain-lain pilihan dibawah diaktifkan. Ianya akan menolong MacBook anda cas penuh dengan segera mungkin.
Selepas semua tetapan dibuat, biasanya MacBook yang diuji hanya mengambil masa 2 jam 30 minit untuk dicas penuh.
3. Gunakan Solid State Drive (SSD)
Kebanyakan MacBook pelbagai versi yang lama masih menggunakan Hard Disk Drive (HDD). Jom lihat perbezaan HDD dan SSD.
Jika dilihat pada jadual ini, jelas menyatakan bahawa penggunaan kuasa SSD sangat rendah berbanding HDD. Cara nak tukar HDD kepada SSD? Sila hubunggi abg job di MACNOTE STUDIO UIA GOMBAK.
Anda boleh hubungi kami melalui:
Kebanyakan MacBook pelbagai versi yang lama masih menggunakan Hard Disk Drive (HDD). Jom lihat perbezaan HDD dan SSD.
HDD (Hard Disk Drive) | SSD (Solid State Drive) | |
---|---|---|
Kapasiti | Boleh didapati dari 320GB hingga ke 2TB. | Sukar mendapatkan kapasiti yang tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci |
Kelajuan Read/Write | Dalam lingkungan dari 50 - 120MB/s | Selalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih |
Encryption | Full Disk Encryption (FDE) pada sesetengah model | Full Disk Encryption (FDE) |
Harga | HDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci. Contoh : RM1 = 1GB | Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD. Contoh : RM10 = 1GB |
Bunyi | Kadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran. | Tiada bunyi yang dihasilkan. |
Kadar Kegagalan | kadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebih | kadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih |
Terjejas Dengan Magnet | Magnet boleh memadam data | Selamat dari sebarang magnet |
Penggunaan Kuasa | Menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. | Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit. |
Permintaan Dipasaran | Mudah didapati dan terdapat pelbagai pilihan | Sukar untuk didapati. Mungkin lebih mahal dari biasa. |
Kelajuan Membuka/Membaca Fail | Perlahan daripada SSD | Sehingga 30% lebih cepat daripada HDD |
Jangka Masa Boot Windows 7 | Secara purata selama 40 saat atau lebih. | Secara purata selama 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer. |
Kadar Haba | Tidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputar | Masih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi. |
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop?
- Slow
- Rosak
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. dengan menggunakan TIPS di atas anda akan dapat menggunakan macbook/laptop anda dengan lebih lama.
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
- WhatsApp/Messenger Abang M
- Facebook Macnote studio
- Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan