Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 10 Punca Kenapa Laptop Anda Slow

Cari Model Mac

Sabtu, 9 Disember 2017

10 Punca Kenapa Laptop Anda Slow

Image result for laptop lama
” ARGHHHH! Masa aku nak siapkan kerja bos bagi ni la masa laptop ni buat hal. Nak bukak word je pun, tapi lambat nak loading. ”
Pernah tak anda rasa camni? Biasa la tu bila laptop SLOW memang boleh naik darah kan. Takpe, setiap masalah ada cara nak setelkan.
Jom belajar macam mana laptop anda boleh slow.

1. Processor bawah 2.0GHz

Yang ni memang favourite.
Cara nak check:
Pengguna windows.
A. Right click My Computer –> Properties
B. Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?
Pengguna Macbook.
A. Click logo Apple –> About this macbook
B. Tengok bahagian processor –> Berapa GHz?
Kalau atas 2.0 tapi still slow, ada masalah la tu dengan laptop awak.
Kalau bawah 2.0, saya cadangkan upgrade ram kepada maximum.

2. Kipas laptop dah rosak (overheating)

Antara 1 sebab kenapa laptop overheat bila kipas dah tak function lagi.
Cara check, tak dengar bunyi kipas ATAU tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) kat laptop anda.
Saya nasihatkan hantar ke kedai untuk technician check betul atau tak kipas dah rosak.

3. Hard disk ada bad sector

Cara check, biasa saya guna Hiren. Software ni ada tunjuk % health hard disk anda.
Kalau bawah 99% memang had disk ada masalah. Standard dah guna lebih 2 tahun, hard disk mula problem.
Saya nasihatkan cepat backup data kat external hard disk, takut total lost nanti (corrupt).

4. Virus infected dekat file

Ni memang best! Virus tak kira masa bila nak infected kat laptop anda.
Yang tak best bila file jadi shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi.
Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan.

5. Banyak program yang di install (jadi berat / lag)

Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, saya nasihatkan uninstall je.
Sebab buat berat laptop laptop anda je.

6. Tak ada antivirus @ dah outdated

Bila anda check ada masalah ni, tukar atau install antivirus baru.
Jangan sebab nak jimat duit, file-file habis tak dapat recover sebab virus. Tak berbaloi kan?

7. File TEMP yang terlalu besar (junk files)

A. Tekan Start –> Taip Run
B. Taip %TEMP% –> Enter
C. Select all semua file, kemudian delete.
Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah, anda boleh free space size HDD anda.
Delete semua tau. Sebab buat semak je space hard disk laptop anda.

8. Spec laptop terlalu lama (dah lebih 5 tahun)

Yg ni saya tak boleh buat apa. Sebab confirm processor pun yang lama punya.
Tapi selagi tak rosak, jangan tukar laptop lagi. Pakai selagi boleh pakai.

9. Banyak start up program running

Download CCleaner, software ni boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting.
Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW.

10. RAM bawah 2GB

Cara check :
Pengguna Windows.
A. Right Click My Computer –> Properties

B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB?

Pengguna Macbook.
A. Click logo Apple –> About this macbook
B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB
Kalau bawah 2GB, tambah RAM untuk lajukan laptop anda.


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan