11 FUNGSI BARU DALAM IOS 11 YANG AKAN MENJADIKAN IPHONE ANDA LEBIH
CANGGIH (PART 1)
iOS 11 yang
baru diumumkan oleh Apple pada 2 hari lepas menerima banyak sambutan positif di
kalangan peminat Apple sendiri termasuklah ramai juga pengguna Android yang
turut merasa teruja dan kagum. Dalam tempoh 2 hari ini juga, ramai
‘beta-tester’ telah menemui banyak fungsi-fungsi baru dalam iOS 11 yang tidak
diumumkan oleh Apple. Berikut merupakan 11 fungsi baru dalam iOS 11 yang akan
membuatkan iPhone jadi lebih canggih dan ‘awesome’.
11 FUNGSI BARU DALAM IOS 11 YANG AKAN MENJADIKAN IPHONE
ANDA LEBIH ‘AWESOME’
1.
Control Center Kini Customisable
Control
Center di dalam iOS 11 kini boleh diubah dan disusun mengikut citarasa anda.
Sudah lama pengguna iOS mengharapkan customisable CC dan kini fungsi ini hadir
di dalam iOS 11.
2.
Screen Recording Terbina Dalam
iOS 11 juga
dilengkapi fungsi Screen Recording tanpa perlu aplikasi tambahan dan juga tanpa
Jailbreak. Fungsi screen recording boleh diakses melalui Control Center dan ini
bermakna anda boleh merakam mana-mana screen dalam bentuk video. Sangat berguna
untuk video tutorial atau app review.
3.
Professional Filter Dalam Camera App dan Potrait Mode
Apple telah
menambah filter baru di dalam Camera App yang lebih kelihatan ‘pro’ berbanding
filter basic di iOS sebelum ini. Tona kulit kini lebih cantik dan nampak
‘natural’. Potrait Mode di dual camera iPhone 7 Plus juga menyokong fungsi
filter baru ini dan serta fungsi image stabilization, HDR dan Flash.
4.
HEVC Video dan HEIF Image
Dalam 2
generasi iPhone yang lepas, Apple menggunakan kamera sensor 12MP dan juga
menyokong rakaman video 4K. Hasilnya, gambar dan video yang dihasilkan lebih
berkualiti tinggi tetapi saiz gambar kamera dan video 4K yang besar boleh
menyebabkan storan dalaman iPhone cepat penuh.
Penambahan
fungsi HEVC video (High Efficiency Video Codec) dan HEIF (High Efficiency Image
Format) boleh menjadikan gambar serta video yang diambil menggunakan kamera
iPhone kepada saiz yang lebih kecil tanpa menjejaskan kualiti. Menurut Apple,
HEVC (H265) lebih efisien berbanding H264 dan HEIF lebih bagus dari segi
compression berbanding dengan JPEG biasa.
5.
Live Photos – Loop, Bounce, Long Exposure
Live Photos
akan menerima 3 fungsi baru iaitu Loops (seakan Boomerang), Bounce dan efek
Long Exposure untuk star trails dan smooth water reflections.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan