3 Aplikasi Alternatif untuk Windows Movie Maker
edapat banyak aplikasi untuk edit
video percuma untuk windows di luar sana, jadi apa tunggu lagi dan tidak perlu
menggunakan movie maker setiap masa. Anda boleh juga menggunakan aplikasi edit
yang lain selain movie maker.
1.
SHOTCUT
Merupakan
aplikasi open source percuma untuk video
editing. Shotcut juga adalah cross platform, berguna jika anda perlu bertukar
antara windows dan mac ataupun linux. Jadi anda boleh menggerakkan projek anda
antara sistem operasi.
Bersama
dengan pengeditan garis masa standard idustri. Aplikasi shotcut juga menyokong
trimming, cut, copy anda paste, track mute, hide and locking, dan juga full
history untuk membolehkan anda undo dan redo. Kesemua alat penyuntingan ini
disertakan dengan pintasan papan kekunci.
Fail
boleh di import dari hard drive, network drive, kad SD kamera, cloud storage,
dan sebagainya ke dalam projek anda. Aplikasi shotcut juga menawarkan pelbagai
video effect yang mengagumkan, seperti fades, wipes, blending modes, video
filter dan speed effect.
2.
EZVID
Aplikasi
Ezvid lebih dikenali sebagai alat tangkapan skrin, jadi anda mungkin tidak
menyangkannya sebagai alternatif movie maker. Tetapi ia juga sebenarnya video
editor. Apa yang lebih baik adalah ia tidak terhad kepada klip video
tangakap skrin dalam editor sahaja.
Untuk
memulakan aplikasi ini, klik pada ikon jalur filem untuk menambah gambar dan
klip video pada garis masa. Ini akan membolehkan anda untuk mengedit video
anda, tetapi anda memerlukan aplikasi tambahan untuk crop klip tersebut.
Terdapat juga pilihan untuk merakam audio, dan memberikan trek yang dirakam
mempunyai kesan menarik.
3.
ANIMOTICA (WINDOWS 10)
Aplikasi
Animotica sangat sesuai untuk peranti yang mempunyai touch skrin. Tetapi ia
juga sesuai digunakan untuk desktop dan laptop biasa yang tidak menggunakan
touch skrin.
Video
dan foto boleh di edit bersama, tetapi terdapat beberapa effect yang
dimasukkan. Warna boleh diselaraskan, video boleh diperlahankan atau
dipercepatkan. Latar belakang kabur juga boleh ditambah pada video. Aplikasi
ini juga mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan audio dan menambah gerakkan
yang boleh dikonfigurasikan untuk effect pada foto.
Boleh
dikatakan windows mempunyai banyak pilihan aplikasi penyuntingan video percuma
di luar sana, dari sumber open source mahupun dari windows store segalanya di
jari anda, cuma anda perlu cari yang mana yang sesuai dengan anda.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan