3 Kesilapan Biasa Yang Menyebabkan Kerosakan Motherboard
Jika processor merupakan
otak untuk komputer, motherboard merupaka
jantung. Ia juga merupakan tempat yang menghubungkan setiap komponen-komponen
lain. Sekiranya motherboard bermasalah,
ia merupakan isu yang besar dan bukan sekadar menggantikan parts yang rosak.
Ada
beberapa perkara yang anda boleh lakukan supaya ia berfungsi dengan baik.
Melindungi motherboard daripada
kerosakan adalah paling utama untuk melindungi setiap komponen lain.
Elakkan
dari melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kerosakan motherboard.
1.MEMERIKSA
LITAR PINTAS
Masalah
ini lazimnya pada desktop
computer, tetapi juga berlaku pada laptop (jarang). Jika anda membina
sendiri komputer anda atau beli yang telah siap dipasang, akan ada kemungkinan
untuk berkalu short
circuit jika tidak dipasang dengan betul.
Motherboard tersebut
memgalirkan elektrik dan pas kepada komponen lain, jadi ia tidak boleh
bersentuhan dengan seperti logam. CPU
cooler, yang longgar sering menyebabkan sehingga motherboard tersebut tidak dapat di baiki.
Periksa betul-betul kabel sambungan tidak longgar, ini merupakan kesilapan yang
biasa di lakukan.
Dalam
menjalankan pemasangan PC , anda
perlu memastikan motherboard tersebut
dipasang dengan sempurna pada case. Motherboard tersebut ada beberapa skru yang perlu
dipasangkan pada case supaya
tidak gerak-gerak. Anda juga harus pastikan setiap skru itu dipasang dengan
ketat tapi jangan terlalu ketat hingga boleh menyebab motherboard rosak.
Sekiranya
ada skru yang longgar, ada kemungkinan motherboard akan
berlaku short circuit. Dengan
erti kata lain semua komponen perlu dipasang dengan kemas. Jika motherboard tersebut tersentuh object yang
tidak diingini , boleh berlaku litar pintas.
Jangan terlalu memaksa
semasa anda ingin skru motherboard tersebut dan pastikan tiada objek yang tidak
diingini berada pada motherboard anda. Pastikan semua komponen yang
disambungkan ke motherboard di pasang dengan baik.
2. MELINDUNGI
DARI PUSUAN KUASA ( POWER SURGES )
Motherboard adalah
dimana power supply unit
(psu) di sambungkan. Ia sangat penting untuk anda membeli power supply unit (psu) yang sesuai untuk pc anda. Jika komponen tersebut memerlukan lebih
kuasa dari power supply unit yang
digunakan, ini boleh menyebabkan kegagalan komponen atau kegagalan motherboard.
Tepapi
masalah yang sering berlaku untuk motherboard adalah power surges. Kebanyakan barang
elektronik di rumah menggunakan banyak kuasa, contohnya seperti aircond, atau peti ais. Penah tak anda
mengalami situasi dimana semasa turn off alat
tersebut lampu pada plug
extension flickering?
Ini
kerana alat tersebut menarik banyak kuasa elektrik dan menyebabkan power surges.
Semasa
anda matikan suis tersebut, arus tersebut memerlukan beberapa saat untuk
dilaraskan. dan dalam beberapa saat, ia akan dihalakan ke elektronik yang lain,
seperti lampu, komputer atau laptop. Ini adalah sedikit penjelasan asas
berkenaan power surge.
ia berlaku lebih kerap dari apa
yang anda fikirkan, bergantung pada power
setup, grid kuasa di kawasan, dan juga faktor cuaca seperti kilat.
Kebanyakan power supply unit (psu) dan motherboard boleh menyesuaikan voltan untuk
menampung pasuan kuasa yang kecil (power
surge). tetapi ia akan menjadi masalah yang besar sekiranya berlaku
pasuan kuasa (power surge) yang
besar, kerana boleh menyebabkan motherboard dan
komponen terbakar.
Apa
yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan plug extension yang mampu melindungi dari
berlakunya (power) surges).
Kalau boleh kurangkan
penggunaan terlalu banyak plug yang digunakan pada plug extension anda. Gunakan
power supply unit dengan volt yang bersesuaian dengan pc anda. Gunakan
extension cord yang berkualiti.
3.MEMBERSIHKAN
RUANG VENTILASI DAN KIPAS
Suhu
dan haba yang panas merupakan musuh utama setiap komponen elektronik. Komponen
komputer perlu sentiasa dalam keadaan yang sejuk untuk berfungi dengan baik.
Tetapi komponen itu sendiri menjana banyak haba. Itulah sebab pelepasan haba
adalah penting , sama ada dalam bentuk kipas atau heatsink.
Jika
laptop anda yang sedang berjalan kerap panas, anda perlu membersihkan ruang
ventilasi. Masalah haba yang melampau akan menyebabkan motherboard tersebut membengkok. Walaupun bengkok
kecil pada motherboard ia boleh
mendatangkan masalah.
Apa
yang patut anda lakukan ialah dengan melakukan servis clean dust untuk membersihkan habuk-habuk
yang menghalang sistem ventilasi dan juga menukar thermal paste sekiranya tidak pernah di
tukar ataupun sudah kering. Sekiranya kipas laptop atau pc rosak anda perlu tukar dengan yang baru.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan