Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 3 Kesilapan Pengguna Laptop. Anda Mungkin Pernah Buat.

Cari Model Mac

Sabtu, 9 Disember 2017

3 Kesilapan Pengguna Laptop. Anda Mungkin Pernah Buat.


Tiada manusia yang mempunyai niat untuk merosakkan laptop kita, namun begitu ramai di antara kita yang lakukannya, tanpa kita sedari. Sama ada daripada segi keselamatan ataupun kecuaian yang kita sendiri lakukan.
Tujuan artikel ini adalah memberikan penjelasan dan jalan penyelesaian untuk masalah-masalah ini supaya kita dapat mengelakkan masalah-masalah ini daripada terjadi.
Kesudahannya laptop kita akan membalas jasa kita dengan terus bekerja keras untuk kita sepanjang hayatnya sehingga tibanya masa untuk kita beralih kepada laptop yang baru.
KESILAPAN 1: TIADA KATA LALUAN
Sesetengah orang berpendapat bahawa kata laluan merupakan sesuatu yang membebankan, kerana tanpa kata laluan, mereka boleh akses laptop mereka dengan segera tanpa perlu bersusah payah untuk menaip kata laluan mereka. Kata laluan merupakan perlindungan pertama seandainya sesuatu yang buruk berlaku pada laptop anda.
Jika laptop anda dicuri, dan tidak memerlukan kata laluan untuk akses pada laptop anda, maka pencuri itu akan mendapat kawalan penuh terhadap fail-fail yang berada didalam laptop anda.
Untuk pengguna laptop yang sering membawa laptop ke luar, ataupun ke kedai atau ke mana sahaja, adalah penting untuk kita meletakkan kata laluan. Untuk lebih keselamatan, kita juga boleh meletakkan kata laluan pada BIOS.
KESILAPAN 2: TIDAK MENGGUNAKAN PERISIAN KESELAMATAN
Perisian anti-virus seperti Windows Defender, ataupun perisian anti-malware sepatutnya berada didalam setiap laptop. Perisian-perisian ini memberikan perlindungan daripada sebarang serangan luar ataupun fail-fail yang telah dimuat turun. Bukan semua fail yang berada di Internet adalah selamat untuk laptop kita. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan jangkitan virus pada laptop.
Jangkitan virus adalah merbahaya untuk laptop. Ia bukan sahaja melembabkan laptop, ia juga mencuri data-data tanpa kita tahu ia sedang berlaku. Pastikan kita sentiasa mengemas kini perisian anti-virus dan anti-malware dan juga pastikan ia berjalan dan juga memantau laptop anda. Anda juga perlu melakukan full scan atau imbasan penuh menggunakan perisian-perisian itu secara berkala.
KESILAPAN 3: MEMUAT TURUN APLIKASI YANG TIDAK DIPERLUKAN
Sekarang, terlalu banyak iklan aplikasi-aplikasi yang kononnya meningkatkan prestasi laptop, atau memberikan keselamatan pada laptop. Bukan semua aplikasi-aplikasi ini bagus untuk laptop anda. Kadang-kadang ketika anda sedang install atau memasang aplikasi yang anda baru muat turun, ia juga menanya sama ada kita mahukan aplikasi ekstra yang disertakan. Kebanyakan aplikasi-aplikasi ini tidak berguna langsung, dan hanya memakan ruang memori dan melembabkan sistem laptop kita.
Apa yang perlu kita lakukan adalah baca mengenai aplikasi yang kita mahu muat turun, dan jika ia adalah penting dan perlu pada laptop kita, teruskan. Jika tidak, jangan.


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan