4 Sebab Keyboard Dan Mouse Terbaik Untuk Gaming
Terdapat
perdebatan yang berlaku selama bertahun-tahun, apa yang pemain (gamers) perlu gunakan untuk mengawal permainan (games) mereka.
Isu
ini sangat hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang dengan
variasi permainan (games) yang
ada di luar sana.
Jadi
pemain (gamers) sebenarnya
sangat ghairah tentang jenis kawalan (controls) yang
perlu digunakan apabila bermain permainan (games).
Artikel
ini tiada langsung berniat untuk perlekehkan permainan konsol (console gaming). Hari ini saya memberi fokus
sepenuhnya kepada jenis hardware yang anda gunakan untuk mengawal (control) permainan (games) anda.
Dalam
kebanyakan kes pada zaman ini, orang ramai diluar sana menggunakan keyboard dan mouse ataupun gamepad, dan tidak kira apa jenis sistem yang sedang
gunakan.
Kali
ini, kita melihat bagaimana keyboard dan mouse adalah lebih baik jika dikaitkan dengan bermain permainan (games) di PC, sama ada desktop atau laptop.
Kenapa
keyboard dan mouse lebih baik?
Jadi
mari kita mulakan. Di bawah anda boleh nampak empat senarai sebab mengapa saya
percaya bahawa keyboard dan mouse adalah terbaik untuk permainan (games), terutamanya pada
PC.
1.
KETEPATAN KAWALAN
Pertama
sekali, dan mungkin yang paling penting dari semua sebab yang disenaraikan
adalah ketepatan kawalan. Ketepatan kawalan adalah sangat penting dan saya akui
bukan semua permainan memerlukan ketepatan. Banyak permainan (games) di luar sana memerlukan ketepatan dan
ini adalah sangat penting.
Hal
ini benar terutamanya dalam genre
first person shooter, dimana anda memerlukan ketepatan dan kawalan yang cepat untuk
menyasarkan dan menembak target anda.
Ini bermakna perbezaan diantara hidup atau mati dalam permainan ini,
menjadikannya sangat penting.
Hakikatnya
ia menjadikan kawalan ketepatan anda jauh lebih baik dengan menggunakan keyboard dan mouse berbanding gamepad tradisional.
2.
BUTANG DAN KEKUNCI YANG BOLEH DI PROGRAM
Selari
dengan ketepatan kawalan, adalah kekunci yang boleh di program untuk kebanyakan keyboard dan mouse.
Walaupun tidak semua keyboard dan mouse mempunyai ciri-ciri sebegini, kebanyakan versi yang moden
untuk perkakasan (hardware)ini
mempunyai ciri-ciri sedemikian.
Ini
membolehkan anda untuk memprogram perkakasan (hardware) tersebut
untuk melakukan tugas yang tertentu dalam permainan anda. Hasilnya adalah
kawalan permainan anda menjadi lebih cepat dan lebih mudah daripada yang sebelumnya.
Dengan
sentuhan butang tersebut anda secara automatik boleh melakukan sesuatu yang
mungkin mengambil dua atau tiga klik. Ini bermakna anda dapat mengawal dengan
cepat dan banyak aspek dalam permainan tersebut dengan sentuhan yang mudah.
Hasilnya,
menjadikan permainan anda lebih seronok dan menjadi lebih baik.
3.
MACROS
Jika
anda mengambil langkah yang seterusnya, anda boleh membuat makro yang melakukan
lebih daripada satu perkara dengan menekan satu butang.
Ini
berbeza untuk setiap variasi permainan dan boleh dianggap menipu. Walau
bagaimanapun, banyak permainan diluar sana membenarkan anda menggunakannya
kerana ia sebahagian daripada sistem.
Jika
anda menggunakan keyboard dan mouse, anda mungkin boleh untuk program beberapa
kekunci anda untuk melakukan lebih dari satu perkara dengan menekan butang
tersebut. Ini benar-benar boleh mempercepatkan cara permainan anda dan membantu
anda untuk melakukan perkara dengan lebih cepat.
Disebabkan
ini, anda akan menjadi lebih baik pada permainan tersebut dari sebelumnya dan
anda dapat melekakukan lebih cepat daripada pemain yang menggunakan gamepad hanya dengan menekan keyboard atau klik mouse anda.
4.
DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI VARIASI PERMAINAN
Terdapat
beberapa permainan di luar sana yang membolehkan anda bermain dengan lebih baik
menggunaka keyboard dan mouse. Contoh yang paling mudah adalah permainan menembak.
Memang
diakui, segelintir pemain lebih gemar menggunakan gamepad, bagi saya lebih selesa menggunakan keyboard dan mouse ketika
bermain.
Namun,
terdapat beberapa genre di luar sana sekiranya anda tidak menggunakan keyboard
dan mouse anda tidak dapat main permainan tersebut dengan baik.
Anda
masih boleh bermain permainan tersebut tapi agak sukar dan menjadikan kurang
menyeronokkan. Contoh terdekat yang terkenal DOTA 2 yang
memerlukan keyboard dan mouse untuk kawalan yang terbaik.
Gamepads
Secara
keseluruhanya keyboard dan mouse memberikan pengalaman yang terbaik, gamepads tidak kurang hebatnya dan saya tidak
nafikannya. Malah, terdapat permainan di luar sana di mana yang menjadikan gamepads terbaik. Sebagai contoh permainan
yang melibatkan pemanduan.
Perasaan
mengunakan keyboard adalah
sangat berbeza berbanding menggunakan gamepad. Tidak boleh dinafikan lagi gamepads mendapat tempat di hati pemain yang
bermain permainan yang melibatkan pemanduan.
…
Akhir
kata dari saya, jika anda sedang mencari cara yang terbaik untuk mengawal
permainan video dengan baik pada komputer anda, ia sudah duduk di
depan anda. Saya percaya keyboard dan mouse membolehkan anda mengawal permainan dengan lebih baik.
Sekiranya anda mahu mengambil
tahap yang seterusnya anda boleh sahaja mendapatkan keyboard dan mouse yang
direka khas untuk permainan video tersebut.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan