5 Punca Laptop Anda Terlampau Panas
Kalau korang perasan semakin panas
sesuatu hardware tu, performance laptop mesti menurun.Cuba bayangkan kereta
korang temperature high? Comfirm kereta tu lama-lama semput tak pun mati.
Konsep
sama jugak dengan laptop. Memang tak boleh dinafikan ada model laptop, design
dan material yang digunakan tu bagus dan ada jugak yang tidak bagus dari segi
pembebasan haba dari processor dan GPU.
Saya
akan terangkan punca-puncanya:
1. Habuk @ Dust
Nampak
remeh, tapi benda macam ni lah yang boleh memudaratkan laptop korang semua.
Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah berpunca dari saluran heatsink yang
terganggu dengan gumpalan habuk-habuk yang melekat lalu menyebabkan kepanasan
pada CPU meningkat.
Graphic
chipset juga sensitif terhadap kepanasan yang melampau. Panas adalah musuh
utama komponen elektronik yang sering kali menyebabkan windows hang. Sikit demi
sikit habuk yang terkumpul lama-lama akan menjadi bukit.
Tips
& Penyelesaian:
·
Membuat servis clean dust secara berkala 6 bulan sekali.
·
Pastikan tempat anda guna laptop tu tidak terlalu behabuk /
berdebu.
2. Kipas Laptop Tak Berfungsi Dengan Baik
Kat dalam
laptop sekurang-kurangnya ada 1 – 2 kipas, bergantung pada jenis laptop.
Kipas memainkan peranan yang sangat penting. Fungsi kipas ni untuk
menyejukkan processor, graphic chipset dan komponen-komponen lain yang ada kat
dalam laptop dari overheating.
Sebab
kipas laptop tidak berfungsi dengan baik, ada kemungkinan debu-debu habuk
banyak melekat. Lagi satu kemungkinan kipas laptop rosak dan ia gagal berfungsi
seperti biasa. Kalau korang ada alami problem ni saya nasihatkan agar korang
check kipas laptop.
Tips
& Penyelesaian:
·
Bersihkan kipas laptop dari habuk dan debu.
·
Tukar kipas baru sekiranya dah rosak.
·
Pergi ke kedai komputer kalau korang tak tahu macam mana nak
bersihkan habuk atau pun tukar kipas laptop.
3. Main Game Terlalu Lama
Perkara
ni confirm ramai yang buat. Ramai orang kat luar sana minat bermain permainan
video game kat pc / laptop. Ye la sape yang tak suka main game.
Untuk
bermain game memang ada laptop yang dicipta khas untuk bermain game dan
mempunyai spec yang tertentu.
Apa
yang terjadi ketika korang main game, hardware seperti CPU, GPU dan RAM akan
berkerja dengan lebih keras. Apatah lagi kalau game yang korang main tu
memerlukan graphic yang tinggi.
Disebabkan
komponen-komponen laptop ni berkerja dengan keras sudah pasti komponen tersebut
akan menjadi panas. Sekiranya korang pengemar video game saya nasihatkan beli
laptop yang khas untuk gaming, lebih baik lagi kalau pakai PC. Sebab PC boleh
upgrade macam-macam berbanding laptop.
Tips
& Penyelesaian:
·
Jangan on terlalu lama kalau korang gunakan laptop untuk main
permainan video, sebab laptop cepat panas berbanding PC.
·
Dinasihatkan kalau korang nak bermain game dengan lama, saya
cadangkan buat PC Custom Gaming.
·
Pastikan tempat korang guna laptop tu tak terlampau panas.
·
Pakai cooling fan atau pun kipas biasa dan halakan pada laptop.
·
Had kan masa korang main game.
4. Overclocking
Sebelum
saya bercerita pasal overclocking, korang tahu tak overclocking tu apa?
Secara
ringkasnya, overclocking bermaksud menetapkan atau memaksa CPU dan memory
laptop anda untuk berjalan pada kelajuan yang lebih tinggi daripada gred
kelajuan yang telah ditetapkan oleh manufacturer.
Sebagai
contoh, Intel Core i7 860 berjalan dengan kelajuan 2.80 Hz. Overclocking Core
i7 860 bermaksud memaksa CPU ke kelajuan jauh lebih tinggi daripada 2.80 Hz.
Kalau anda melakukan overclocking cpu akan berkerja dengan lebih keras dan suhu
akan meningkat.
Tips
& Penyelesaian:
·
Jangan overclock kalau korang hanya gunakan software, programs
untuk kegunaan pejabat dan surf internet.
·
Dinasihatkan overclocking pada PC bukan pada laptop sebab ruang
pada laptop terhad, tak luas macam pc dan pc boleh tambah extra fan.
·
Dapatkan khidmat atau nasihat pakar sekiranya korang nak
overclock.
5. Guna Laptop Pada Permukaan Fabrik
Kenapa
tak boleh guna atas fabrik?
Sebab
bila guna laptop kat permukaan fabrik, contoh tilam atau bantal, ini akan
menghalang/menganggu air flow laptop.
Bila
air flow tak cun mula la komponen-komponen kat dalam laptop suhu meningkat
sebab laluan udara kena halang. Suhu yang panas adalah musuh utama komponen
laptop, sebab komponen dalam tu amat sensitif.
Tips
& Penyelesaian:
·
Elakkan guna laptop di atas permukaan fabrik.
·
Guna pada permukaan yang flat yang tidak menghalang air flow.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan