1. Habuk @ Dust
Nampak remeh, tapi benda macam ni lah yang boleh memudaratkan laptop korang semua. Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu dengan gumpalan habuk-habuk yang melekat lalu menyebabkan kepanasan pada CPU meningkat.
Graphic chipset juga sensitif terhadap kepanasan yang melampau. Panas adalah musuh utama komponen elektronik yang sering kali menyebabkan windows hang. Sikit demi sikit habuk yang terkumpul lama-lama akan menjadi bukit.
Tips & Penyelesaian:
- Membuat servis clean dust secara berkala 6 bulan sekali.
- Pastikan tempat anda guna laptop tu tidak terlalu behabuk / berdebu.
2. Kipas Laptop Tak Berfungsi Dengan Baik
Kat dalam laptop sekurang-kurangnya ada 1 – 2 kipas, bergantung pada jenis laptop. Kipas memainkan peranan yang sangat penting. Fungsi kipas ni untuk menyejukkan processor, graphic chipset dan komponen-komponen lain yang ada kat dalam laptop dari overheating.
Sebab kipas laptop tidak berfungsi dengan baik, ada kemungkinan debu-debu habuk banyak melekat. Lagi satu kemungkinan kipas laptop rosak dan ia gagal berfungsi seperti biasa. Kalau korang ada alami problem ni saya nasihatkan agar korang check kipas laptop.
Tips & Penyelesaian:
- Bersihkan kipas laptop dari habuk dan debu.
- Tukar kipas baru sekiranya dah rosak.
- Pergi ke kedai komputer kalau korang tak tahu macam mana nak bersihkan habuk atau pun tukar kipas laptop.
3. Main Game Terlalu Lama
Perkara ni confirm ramai yang buat. Ramai orang kat luar sana minat bermain permainan video game kat pc / laptop. Ye la sape yang tak suka main game.
Untuk bermain game memang ada laptop yang dicipta khas untuk bermain game dan mempunyai spec yang tertentu.
Apa yang terjadi ketika korang main game, hardware seperti CPU, GPU dan RAM akan berkerja dengan lebih keras. Apatah lagi kalau game yang korang main tu memerlukan graphic yang tinggi.
Disebabkan komponen-komponen laptop ni berkerja dengan keras sudah pasti komponen tersebut akan menjadi panas. Sekiranya korang pengemar video game saya nasihatkan beli laptop yang khas untuk gaming, lebih baik lagi kalau pakai PC. Sebab PC boleh upgrade macam-macam berbanding laptop.
Tips & Penyelesaian:
- Jangan on terlalu lama kalau korang gunakan laptop untuk main permainan video, sebab laptop cepat panas berbanding PC.
- Dinasihatkan kalau korang nak bermain game dengan lama, saya cadangkan buat PC Custom Gaming.
- Pastikan tempat korang guna laptop tu tak terlampau panas.
- Pakai cooling fan atau pun kipas biasa dan halakan pada laptop.
- Had kan masa korang main game.
4. Overclocking
Sebelum saya bercerita pasal overclocking, korang tahu tak overclocking tu apa?
Secara ringkasnya, overclocking bermaksud menetapkan atau memaksa CPU dan memory laptop anda untuk berjalan pada kelajuan yang lebih tinggi daripada gred kelajuan yang telah ditetapkan oleh manufacturer.
Sebagai contoh, Intel Core i7 860 berjalan dengan kelajuan 2.80 Hz. Overclocking Core i7 860 bermaksud memaksa CPU ke kelajuan jauh lebih tinggi daripada 2.80 Hz. Kalau anda melakukan overclocking cpu akan berkerja dengan lebih keras dan suhu akan meningkat.
Tips & Penyelesaian:
- Jangan overclock kalau korang hanya gunakan software, programs untuk kegunaan pejabat dan surf internet.
- Dinasihatkan overclocking pada PC bukan pada laptop sebab ruang pada laptop terhad, tak luas macam pc dan pc boleh tambah extra fan.
- Dapatkan khidmat atau nasihat pakar sekiranya korang nak overclock.
5. Guna Laptop Pada Permukaan Fabrik
Kenapa tak boleh guna atas fabrik?
Sebab bila guna laptop kat permukaan fabrik, contoh tilam atau bantal, ini akan menghalang/menganggu air flow laptop.
Bila air flow tak cun mula la komponen-komponen kat dalam laptop suhu meningkat sebab laluan udara kena halang. Suhu yang panas adalah musuh utama komponen laptop, sebab komponen dalam tu amat sensitif.
Tips & Penyelesaian:
- Elakkan guna laptop di atas permukaan fabrik.
- Guna pada permukaan yang flat yang tidak menghalang air flow.
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan