5 Sebab
Kenapa Anda Tidak Perlu Bayar Wang Kepada Pereka Ransomware
Terdapat
banyak sebab kenapa anda perlu menolak untuk membayar wang tebusan. Jika anda
boleh bergantung kepada removal tool dan
anda mempunyai backup data, gunakan dengan
sebaiknya.
Tetapi anda perlu faham bahawa
dengan membayar kepada mereka bukan langkah yang betul melainkan memang
terpaksa.
1. Data anda mungkin tidak unlock
Menurut FBI bahagian siber ”
Membayar wang tebusan tidak menjamin sebuah organisasi yang mereka akan
dapat data kembali – kami telah melihat kes-kes di mana organisasi tidak
pernah mendapatkan kunci penyahsulitan (decryption key)setelah
membayar wang tebusan”
Fikiran tentang itu. Ini adalah
orang yang telah mengunci komputer anda, menyulitkan (encrypt) data anda,
dan meminta anda membayar sejumlah wang tebusan kepada mereka, supaya anda
boleh mengakses kembali sistem dan data anda.
Di sedut ini sudah jelas mereka
tidak beretika. Jadi mengapa perlu mereka memegang pada janjian itu? Sesiapa
yang membayar wang tebusan kepada mereka dan menjangka akan diberikan kunci
penyahsulitan (decryption key) adalah naif.
2. Anda menggalakkan jenayah siber
Jika anda membayar wang tebusan,
anda menggalakkan penjenayah siber untuk pergi lebih jauh.
Berikut adalah kata-kata dari FBI
“Membayar wang tebusan bukan sahaja memberanikan penjenayah siber untuk
menyasarkan lebih banyak lagi organisasi, ia juga menawarkan insentif untuk
penjenayah lain untuk terlibat dalam aktiviti seperti ini yang menyalahi
undang-undang.“
Penjenayah siber tidak hanya
menyasarkan syarikat. Individu juga disasarkan, pada apa sahaja jenis peranti (device) yang
mereka gunakan. Mengikut penyelidikan pembangunan dan keselamatan kaspersky lebih
dari 100 ribu serangan ransomware terhadap pengguna android dan komputer.
Angka ini dijangkakan akan meningkat dari masa ke semasa.
Ia adalah mudah, membayar
menggalakkan lagi pencipta malware untuk terus
menghasilkan lebih ransomware.
Lebih ramai orang membayar, lebih
banyak ransomware yang
dicipta, seperti kita gunakan istilah supply and demand. Ransomware semakin
berkembang, dan menjadi lebih licik dari masa ke semasa.
3. Anda tidak tahu pada siapa anda bayar
Ada peluang yang sangat tipis
bahawa ‘otak’ di belakang ransomware mungkin
seorang pelajar miskin yang terdesak untuk menjana kelengkapan pelajarannya.
Tetapi itu bukan masalah anda.
Masalah anda adalah anda sedang
menjadi sasaran penjenayah terancang. Kata FBI lagi ” dengan membayar wang
tebusan, individu atau pertubuhan secara tidak mensaja mungkin membiayai
aktiviti haram lain yang berkaitan dengan penjenayah.
4. Tiada siapa tahu kemana wang itu pergi
Anda boleh meneka. Ransomware adalah
serangan yang menimbulkan gangguan yang sangat menguntungkan bagi penjenayah.
Mereka tidak akan meletakkan wang itu ke dalam bank. Kebanyakan pembayaran
adalah menggunakan (bitcoins)atau cryptocurrency, dan kredit
tersebut dibelanjakan entah bagaimana.
Anda kemungkinan wang yang dibayar
oleh anda digunakan untuk tujuan tidak elok seperti penyeludupan dadah, senjata
api, pemerdagangan orang, perhambaan dan lain-lain lagi.
5. Bayar dan anda mungkin akan menjadi mangsa ransomware
lagi
Penjenayah akan tanda dan
mengesan kembali mangsa kembali mangsa-mangsa mereka, dengan cara dan penipuan
yang berbeza untuk mendapatkan wang dari anda. Jika anda bersedia untuk
membayar sekali, ada kemungkinan anda membayarnya sekali lagi.
Tetapi apa yang lebih teruk
adalah, di masa hadapan kemungkinan nilai tersebut akan meningkat. Ia mungkin
bukan ransomware, sama ada, ia mungkin komplot untuk mencuri identiti anda.
Jadi jangan menetapkan apa-apa
tanggapan tingkah laku dan moral orang-orang seperti ini. Mereka adalah
penjenayah.
Mereka hanya mahukan duit anda.
Sekali bayar, dan anda mungkin juga akan membayar kepada mereka lagi dan lagi
terus ke penjenayah siber ini.
Satu-satunya cara untuk kita
menghentikan ransomware ini adalah jangan ikut rentak
permainan mereka. Hentikan memberi wang kepada mereka, dan penipuan ini tidak
lama lagi mesti lingkup atau tidak berkesan. Tidak membayar adalah jalan yang
paling baik supaya tidak menjalakkan mereka.
Lindungi
data anda sebelum ia boleh disulitkan (encrypt) adalah salah satu strategi,
sama ada anda sebuah syarikat besar multinasional, sebuah syarikat kecil atau
sederhana, seorang peniaga biasa, atau hanya insan biasa.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan