Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 5 Tanda Laptop Anda Diserang Virus

Cari Model Mac

Sabtu, 2 Disember 2017

5 Tanda Laptop Anda Diserang Virus

5 Tanda Laptop Anda Diserang Virus


Pernahkah anda merasa bahawa komputer anda saat ini sudah mula mengalami penurunan performance? Kebiasaanya komputer yang sudah berusia lebih 5 tahun akan berlaku penurunan performance dan ini adalah wajar terjadi.
Namun demikian, kadang-kadang penurunan performance boleh terjadi tanda mengira waktu. Dimana komputer anda tiba-tiba mengalami masalah. Kemungkinan dijangkiti oleh virus. Tanda-tanda laptop anda diserang virus:
1. MEMORY PADA DRIVE ANDA MENYUSUT SECARA TIBA-TIBA
Berlaku penyusut memory secara mendadak, padahal anda tidak copy atau install apa-apa aplikasi yang baru. Perkara ini berlaku disebabkan virus tersebut telah berada didalam komputer anda sehingga dapat memakan banyak RAM komputer. Hal ini menyebabkan memory pada disk drive akan mengecil dan berkurangan.
2. FILE MENGALAMI KEROSAKAN (CORRUPT)
File corrupt merupakan salah satu tanda komputer anda telah dijangkiti oleh satu atau lebih virus di dalam. Virus ini kebiasaanya akan menghilangkan atau replace file default anda. Hal ini menyebabkan file anda menjadi corrupt ataupun missing dari folder yang anda simpan.
3. FILE HILANG (HIDDEN)
Ini merupakan tanda yang paling kerap berlaku kepada kebanyakan user komputer di luar sana. Virus ini mampu membuat file yang terdapat dalam hardisk anda hilang atau tersembunyi. Semasa anda melakukan imbasan (scan), file dan folder tersebut ada, namun anda tidak dapat akses file tersebut.
4. ADA APLIKASI YANG TIDAK BERFUNGSI SEPERTI BIASA
Virus yang dijangkiti komputer anda juga boleh menyebabkan sebahagian daripada aplikasi yang anda install pada komputer tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan corrupt. Perkara ini berlaku disebabkan adanya missing file pada aplikasi tersebut menyebabkan tidak berfungsi dengan betul dan corrupt.
5. MUNCUL FILE PELIK-PELIK DALAM KOMPUTER
Pernah tak anda perasan muncul file aneh didalam komputer anda. kebiasaanya, file tersebut akan muncul tanpa anda sedari, dan berbentuk .EXE, .CONF, .DLL dan banyak lagi. Ini berlaku disebabkan jangkitan virus pada komputer anda tanpa anda sedari.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan