Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 5 Tips Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Cari Model Mac

Jumaat, 8 Disember 2017

5 Tips Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Sekarang, pada zaman teknologi, terdapat pelbagai jenis laptop yang berada di pasaran. Ada yang murah dan juga yang mahal.
Sebagai contoh laptop yang khusus untuk bermain permainan video games daripada Alienware, Siri ROG daripada ASUS, ataupun laptop yang dibuat oleh Apple iaitu Macbook, Macbook Pro dan sebagainya.
Ia merupakan laptop yang digelar high-end di mana ia mempunyai spesifikasi yang tinggi dan kos untuk memiliki laptop-laptop ini bukannya murah.
Bila kita beli laptop seperti ini, kita mesti mahukan laptop itu untuk bertahan pada jangka masa yang panjang agar kita dapat menggunakannya tanpa sebarang masalah.
Penjagaan laptop daripada segi hardware ataupun luaran adalah penting, ini kerana ia memainkan peranan yang sangat besar untuk jangka masa yang panjang.
Dalam artikel ini kita akan belajar cara-cara mudah untuk menjaga laptop.
TIPS 1: DAPATKAN BEG LAPTOP YANG TERBAIK
Penjagaan laptop bermula daripada bahagian perkakasan. Beg laptop yang baik mampu menjaga laptop daripada sebarang masalah ketika sedang berada di dalam perjalanan.
Jika anda terjatuh, pad pada laptop itu akan menjaga laptop anda daripada kerosakan pada fizikal ataupun pada hard disk.
Hard disk merupakan perkakasan yang sensitif kerana apabila ia terjatuh, jejari mekanikal yang terdapat pada hard disk itu boleh rosak dan menyebabkan hard disk tidak dapat berfungsi.
Beg laptop yang terbaik mempunyai ruang poket yang banyak untuk tetikus, power adapter atau sebagainya dan juga pad lembut yang mampu melindungi keseluruhan fizikal laptop.
TIPS 2: JAUHKAN CECAIR DARIPADA LAPTOP
Kemalangan di mana air tertumpah atas laptop sering terjadi. Kita semua tahu barang-barang elektrik dan juga elektronik adalah sensitif terhadap air. Kita perlu berhati-hati ketika kita sedang minum air.
Ataupun cara yang terbaik adalah dengan jauhkan air daripada laptop. Seandainya tertumpah, cepat-cepat bersihkan air itu agar tiada perkara buruk terjadi kepada laptop.
Terus off laptop dan keringkan bahagian dalam laptop. Jangan on laptop selagi bahagian dalam laptop belum kering sepenuhnya. Takut motherboard rosak pulak.
TIPS 3: BERSIHKAN LAPTOP SECARA BERKALA
Kita selalu bersihkan skrin laptop untuk melihat dengan lebih jelas. Kita juga boleh lakukan benda yang sama pada bahagian lain.
Ambil kain yang bersih, basahkan sedikit pada kain tersebut dan bersihkan pada bahagian luar laptop daripada sebarang kotoran dan habuk.
Kita juga boleh dapatkan satu tin compressed air dan semburkan pada bahagian-bahagian yang mudah untuk habuk berkumpul sebagai contoh pada bahagian papan kekunci, kipas, dan juga gril udara laptop.
TIPS 4: MENJAGA BATERI LAPTOP
Bateri laptop adalah nyawa dan juga jiwa laptop, tertutama sekali untuk mereka yang selalu melancong sama ada untuk perniagaan atau percutian.
Ketika berada di dalam kapal terbang, bas, ataupun kereta, kita tidak boleh menggunakan power adapter kerana tiada sumber kuasa yang disediakan. Jadi kita perlu menjaga agar bateri tahan lama.
Jangan selalu overcharge atau terlebih caj kerana ia akan memudaratkan jangka hayat bateri. Setelah bateri penuh, segera tanggalkan power adapter.
Hanya caj bateri laptop anda ketika bateri laptop anda lemah. Dengan ini kita akan dapat dapat beberapa jam ekstra untuk menggunakan laptop. Dengan penjagaan yang baik , bateri kita akan tahan lebih lama.
TIPS 5: MEMBERSIHKAN KIPAS DAN ‘HEATSINK’
Kipas dan heatsink merupakan antara sistem penyejukan utama untuk menyejukkan laptop. Oleh kerana processor dan graphic chipset mengeluarkan haba panas bila laptop ‘on’, laptop wajib disejukkan.
Biasa kan tengok kipas dinding di rumah, lama kelamaan kipas jadi hitam sebab habuk terperangkap pada bilah kipas.
Kipas laptop pun sama. Bila habuk semakin banyak berkumpul, ia akan menutup dan menghalang laluan angin. Jadi, udara panas dari laptop tak dapat keluar.
Udara panas yang berkumpul dalam laptop akan menyebabkan kerosakan pada komponen elektronik motherboard. Kalau motherboard rosak, kos repair memang tinggi.
Untuk elakkannya, anda mesti buat servis berkala untuk mencuci habuk yang terperangkap dalam laptop terutamanya di bahagian kipas dan heatsink.
Laptop merupakan salah satu harta yang sangat berharga untuk kita. Tanpa laptop, kita tidak boleh melakukan kerja, menonton video, atau bermain permainan video. Oleh itu, kita perlu memberikan penjagaan yang rapi agar ia tahan lebih lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan