5 Tips Terbaik Sebelum Membeli Mouse
Terdapat beberapa faktor yang anda perlu ambil kira apabila
memilih mouse yang sempurna untuk komputer dan laptop anda.
Sebelum anda mula membeli-belah, ambil masa anda untuk mempertimbangkan
bagaimana anda menggunakan laptop, kerana ini boleh membantu anda dalam
pemilihan mouse yang sesuai dengan membuat keputusan yang betul.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan laptop di dalam
persekitaran kerja dan kekal di stesen kerja sepanjang masa, mouseyang besar, selesa dan mempunyai pelbagai ciri-ciri istimewa
adalah lebih sesuai.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda jenis yang sentiasa keluar ke
mana-mana, anda mungkin mahu memilih mouse yang lebih kecil dan
mudah untuk disimpan.
Sebaik sahaja anda telah menentukan bagaimana anda akan
menggunakan mouse tersebut, sekarang adalah masanya untuk melihat beberapa
faktor yang lain yang akan mempengaruhi pemilihan anda.
1. ERGONOMIK DAN SAIZ
Pertama dan paling penting, anda perlu mengkaji bentuk dan saiz mouse anda sebelum membuat keputusan untuk membeli. Saiz mouse anda boleh memberi kesan betapa mudahnya untuk menyimpan mouse tersebut ke dalam beg ketika travel.
Ia juga mempengaruhi keselesaan ketika memegang mouse di tangan anda. Jika anda mempunyai tangan yang kecil, mouseyang lebih besar atau berat mungkin membuatkan anda berasa tidak
selesa.
Sekiranya anda mempunyai tangan yang besar dengan mouse yang kecil adalah tidak sesuai dengan anda kerana agak
sudah untuk memegang dan tidak selesa apabila anda cuba klik butang atau
menggunakan roda scroll.
Anda juga perlu mengambil masa untuk berfikir tentang ergonomik,
terutamanya jika anda merancang untuk menggunakan mouse anda selama berjam-jam pada satu masa. Rehatkan tangan
anda selama seminit dan perhatikan bentuknya.
Jika diperhatikan ia tidak rata? Mouse tidak direka untuk memenuhi kontur tangan anda kerana
boleh menyebabkan kesakitan pada tangan dan pergelangan tangan jika anda
menggunakan untuk jangka masa lama.
Ini bermakna ia adalah sangat penting untuk anda
mempertimbangkan bentuk mouse sebelum membeli.
Sudah tentu, jika anda sedang mencari sesuatu yang lebih mesra traveling, pilihan ergonomik anda akan menjadi lebih terhad kerana
sebahagian daripada reka bentuk yang perlu dikorbankan untuk menjadikan mouse itu kecil.
Tetapi untuk model yang lebih besar adalah sesuai untuk
digunakan di stesen kerja, ia adalah mudah untuk mencari model yang sesuai dan
mempunyai ciri ergonomik yang selesa apabila digunakan untuk tempoh masa yang
panjang.
2. WIRELESS ATAU WIRED (menggunakan wayar sambungan)
Untuk zaman sekarang anda mempunyai pilihan mouse wired atau wireless. Jadi bagaimana anda
membuat keputusan? Jika anda kerap traveling, anda patut beli mouse wireless.
Siapa yang mahu berurusan dengan kabel tambahan semasa anda
sedang menunggu di airport? Lain lah kalau anda sedang duduk di atas meja
sepanjang masa dengan menggunakan laptop, wired mouse lebih sesuai dan
anda tak perlu fikir tentang kos menukar bateri wireless mouse sikiranya habis.
3. BUTANG TAMBAHAN
Mouse standard hari ini
mempunyai dua butang dengan roda skrol di tengah-tengah. Ini adalah ciri-ciri
mouse standard yang menjadi pilihan kita semua sebelum keluarnya teknologi
mouse yang baru.
Walau bagaimanapun, terdapat mouse yang menggunakan
teknologi yang lebih maju, mempunyai banyak butang di sebelah kanan bahagian
ibu jari kita. Butang ini boleh digunakan untuk melayari internet seperti
fungsi back dan forward atau digunakan untuk
bermain permain (games).
4. SOFTWARE
Kebanyakan mouse di luar sana hanya
memerlukan anda untuk menyambungkan ia ke laptop tidak kira anda menggunakan operating system windows mahupun mac os x ia tetap akan berfungsi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan mouse yang menggunakan
teknologi yang baru seperti mouse gaming kebiasaannya
mempunyai software, dimana anda boleh setting fungsi butang
tambahan pada mouse tersebut. Harga
untuk mouse sebegini adalah lebih mahal berbanding mouse yang standard.
5. BAJET
Seperti biasa, anda perlu melihat bajet anda sebelum memilih mouse untuk dibeli. Mouse datang dengan pelbagai bentuk, saiz
dan harga antara mouse murah adalah puluhan
ringgit berbanding mouse yang lebih mahal
yang mencecah ratusan ringgit.
Sekiranya mouse yang anda suka
harganya mahal, pastikan bajet anda mencukupi dahulu sebelum membeli.
Seperti yang anda lihat, terdapat banyak faktor yang perlu anda
pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah mouse. Faktor-faktor diatas boleh dijadikan penanda aras untuk anda
supaya tidak menyesal dikemudian hari, sekiranya mouse yang anda beli itu tidak
sesuai dengan anda, kerana tidak berfikir dahulu sebelum membeli.
Ingat jangan
membuat keputusan yang terburu-buru, pastikan anda melakukan keputusan yang
bijak sebelum membeli di kedai atau pun membeli secara online.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez bro
Ez bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan