Cara SSD (solid state drive) berfungsi adalah sama seperti mana HDD (hard disk) berfungsi. Cuma ada beberapa kelebihan yang buatkan SSD jauh lebih baik berbanding HDD.
SSD merupakan storage drive yang sedang hangat di pasaran. Ramai di antara pengguna di luar sana yang menggunakan HDD bertukar kepada SSD.
1. Masa untuk akses data lebih cepat (direct access time)
Masa yang diperlukan oleh SSD untuk akses data adalah cepat dan efficient berbanding HDD. Biasanya di bawah 0.1 ms data boleh diambil secara langsung dari pelbagai lokasi memori flash SSD anda.
Laju kan? Tu sebab bila anda nak buka apa-apa file, tak perlu ambil masa yang lama.
2. Masa yang diperlukan untuk pindah data lebih cepat (data transfer rate)
Dengan adanya teknologi SSD kelajuan read/write adalah sangat konsisten jika mahu dibandingkan dengan SSD.
Kadar pemindahan data (data transfer rate) adalah kira-kira 200MB/s – 550MB/s bergantung pada SSD tersebut.
3. Lebih ringan
SSD merupakan semiconductor memory devices yang dipasang pada papan litar, ringan dan bersaiz kecil.
Ciri-ciri dan bentuk SSD itu sendiri lebih kurang sama dengan HDD (2.5 inci atau 1.8 inci), tetapi casing SSD kebanyakannya diperbuat dari plastic atau besi lembut. Jadi ia lebih ringan.
4. Bunyi yang lebih senyap
SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak seperti HDD yang berputar (seperti sekeping CD). Disebabkan itu SSD adalah senyap walaupun menggunakan SSD yang bergred rendah.
HDD akan mengeluarkan bunyi seperti disk yang sedang berpusing dan bunyi klik, dan ini tidak berlaku kepada SSD.
5. Cepat dan lancar semasa membuka fail dan program (file opening speed)
Perbezaan yang ketara juga adalah kelajuan SSD itu sendiri membuka atau menjalankan sesuatu program dan fail dengan lebih pantas.
Ini merupakan salah satu keistimewaan SSD di mana performance laptop jadi adalah lebih baik berbanding menggunakan hard disk biasa.
6. Jimat kuasa
SSD secara umumnya memerlukan setengah dari satu pertiga kuasa daripada HDD. Kerana SSD menggunakan 2.3 watt sahaja berbanding HDD. Jadi anda boleh jimat penggunaan bateri laptop anda.
7. Tidak mudah rosak kalau terjatuh
Seperti yang anda tahu, dalam HDD ada komponen bergerak seperti disk yang berputar serta beberapa komponen lain (rujuk gambar di bawah).
Kalau laptop terjatuh atau kerap terhentak di atas permukaan keras, HDD akan mudah rosak. Biasanya data corrupt dan susah nak dapatkan semula data yang hilang.
Tapi perkara ini tidak mempengaruhi SSD kerana SSD tidak mempunyai komponen bergerak seperti HDD. Ia seperti cip pendrive. Kalau jatuh pun masih boleh bertahan.
Teknologi SSD dan HDD sangat berbeza. Itu sebab harga SSD sedikit mahal berbanding hard disk biasa. Tapi bagi mereka yang mementingkan performance laptop pasti tak akan teragak-agak untuk bertukar kepada SSD.
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan