7 Punca Menyebabkan Bateri Laptop Rosak
Pernah tak
anda berfikir atau tertanya-tanya macam mana bateri laptop yang anda gunakan
boleh rosak? Baru je on laptop sejam dah tinggal 5% je kuasa bateri padahal tak
main game pun, Cuma buat kerja-kerja office sahaja.
Charge bateri pun tak sampai sejam pun dah full. Masalah ini
memang banyak berlaku kepada pengguna laptop di luar sana, kerana tidak
didedahkan dengan isu seperti ini.
Kali ini
saya nak kongsikan pada anda 7 punca menyebabkan bateri laptop rosak.
Sebenarnya ada beberapa sebab tertentu yang menjadi punca kenapa bateri laptop
rosak. Mari lihat apakah punca yang menyebabkan bateri laptop rosak.
1. TIDAK MENGECAS BATERI BUAT PERTAMA KALI
Penjagaan
bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika
membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan
bateri yang sudah rosak .
Biasa kalau
anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop
ni kena kasi charge dulu 8jam dangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang
selalu keluar dari mulut mereka.
Ramai
diantara kita mengabaikannya sebab tak sabar nak guna benda baru. Sama seperti
handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali
sebelum digunakan.
2. TERLEBIH CAS (OVERCHARGING)
Punca nombor
dua ni ramai diantara kita yang melakukannya. Biasanya bila charge dibiarkan je
macam tu, padahal bateri dah full. Untuk kali cas kali kedua dan seterusnya
bila cas sudah full cabut. Sebab bila charging bateri tu panas.
Kepanasan boleh menyebabkan kerosakan pada laptop dan bateri.
Ini kerana
suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama untuk komponen-komponen laptop.
3. GUNA LAPTOP SAMBIL TENGAH CHARGING BATERI
Kalau boleh
elakkan menggunakan laptop sambil anda sedang charge bateri laptop ini
kerana bateri laptop mempunyai kitaran(cycle) tertentu. Semakin
banyak kali anda charge bateri semakin
berkurang kitaran (cycle) bateri tersebut.
Jadi saya
cadangkan masa yang sesuai untuk charging adalah bila peratusan bateri anda
bawah 10%. Ini kerana kalau anda charging bateri anda 50% ia akan dikira 1
cycle. Dan sebelum bateri laptop anda nak full, katakan 98% anda dah boleh
cabut charger tersebut.
4. BATERI LAPTOP TERJATUH DAN TERHEMPAS
Ini juga
boleh menjadi faktor. Di mana hentakan atau hempasan yang berlaku pada bateri
itu berkemungkinan besar akan mempenggaruhi kondisi dan jangka hayat bateri
tersebut ataupun rosak.
5. MENGGUNAKAN ATAU MEMBELI BATERI SECOND HAND
Dah nama pun second–hand, ini mesti reject awal-awal sebab
anda tidak tahu kondisi bateri tu macam mana, kitaran bateri, jangka hayat dan
ini semua tidak di ketahui.
6. TIDAK MEMBUKA BATERI SEMASA MENGUNAKAN LAPTOP UNTUK JANGKA MASA YANG
PANJANG
Scenario
yang diberikan dimana anda melakukan kerja dan mengambil masa lebih dari 4 jam
sambil menggunakan bateri. Dinasihatkan supaya anda cabut bateri laptop itu
sekiranya anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama dan
menggunakan charger terus (direct current) lebih baik.
7. ELAK DARI PERMUKAAN FABRIK
Jangan
menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal , selimut dan
sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan
yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop
anda.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan