Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 7 Tanda Bateri Laptop Hampir Rosak

Cari Model Mac

Ahad, 3 Disember 2017

7 Tanda Bateri Laptop Hampir Rosak

Image result for battery laptop

Ramai diantara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang bateri untuk dah nak rosak. Kali ini saya nak kongsikan pada anda 7 tanda bateri laptop on the way rosak.
Sebenarnya ada beberapa sebab tertentu yang menjadi punca kenapa bateri laptop on the way rosak. Mari lihat apakah tanda-tanda yang boleh dilihat sebelum bateri itu rosak.
1. BATERI KEMBUNG
Ini adalah tanda yang sangat jelas. Dekat situ dah boleh nampak di mana laptop bateri sudah mula mengembung. Dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri tersebut kerana ia sangat berisiko dan besar kemungkinan boleh meletup.
2. TEMPOH PENGGUNAAN BATERI SEMAKIN MENURUN
Contoh scenario dimana semasa anda baru beli laptop atau bateri, tempoh penggunaan bateri sebelum habis mungkin 2-4 jam bergantung pada jenis laptop dan bateri. Dari masa kesemasa ia akan menurun dari 3jam jadi 2jam30minit dan angka ini akan semakin menurun.
3. BILA CHARGING TIDAK SAMPAI 100%
Charging lah berapa lama pun peratus bateri laptop anda tidak anda sampai 100% sama seperti masa baru anda gunakan. Perkara macam ini boleh berlaku dan sangat jelas. Sebagai contoh laptop kawan saya yang dah lama guna bateri laptop tu kekal 5% sahaja walaupun sudah di cas satu hari.
4. CHARGING SEKEJAP SUDAH FULLY CHARGED
Situasi ini berlaku apabila bateri laptop anda sudah low, katakan 5% dan anda pun pergi charge laptop tersebut. Tetapi tak sampai 1 jam bateri laptop itu sudah pun fully charged. Bila guna laptop tersebut tak lama kemudian bateri low kembali. Ini juga merupakan tanda-tanda bateri untuk dah nak rosak.
5. MASA CHARGING KADANG-KADANG DETECT BATERI KADANG-KADANG TAK DETECT
Masalah ini biasa berlaku semasa anda mahu charging laptop. Ada kalanya semasa tengah charge laptop tu tak detect pula bateri. Ini menyebabkan anda cabut bateri dan pasang balik, cabut charger adepter. Kadang-kadang cara ini menjadi, ada kalanya tidak menjadi.
6. BATERI PANAS DARI BIASA
Untuk mereka yang menggunakan laptop, anda sendiri boleh perasan sekiranya suhu atau kepanasan bateri untuk seperti biasa atau dari biasa. Ianya sangat merbahaya bateri untuk terlampau panas kerana ada kemungkinan bateri itu boleh meletup.
Jadi kalau bateri itu anda rasa terlampau panas baik cabut terus bateri itu dari laptop anda. Sebagai langkah berjaga-jaga.
7. WINDOW AKAN MEMBERIKAN AMARAN
Dengan kemajuan dalam teknologi komputer hari ini, beberapa komputer sekarang mempunyai ciri-ciri baru di mana windows akan memberi amaran kepada anda apabila kapasiti bateri semakin kepada keadaan kritikal.
Sesetengah komputer akan muncul dengan X merah pada ikon bateri jika ia adalah amat rendah. Apabila ini berlaku anda juga boleh menerima mesej apabila anda popup ikon bateri yang menyatakan ‘mempertimbangkan menggantikan bateri anda.
Ini biasanya dilihat dalam model Window 7 dan ke atas. Ia adalah satu petunjuk yang hebat bahawa bateri anda adalah dalam perjalanan keluar.
Demikian 7 tanda bateri laptop on the way rosak yang dapat dikongsikan dan menjadi rujukan kepada anda.  Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada  semua.

sumber: frlaptopservice

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan