7 Tips Supaya Laptop Anda Tahan Lama Dan Tak Perlu Beli
Baru
Laptop
adalah komputer mudah alih dan itulah sebabnya ramai orang di luar sana lebih
gemar menggunakannya berbanding komputer desktop. ia digunakan oleh semua orang
tidak kira anda ini seorang pelajar, guru, doktor, ahli perniagaan dan
lain-lain lagi. Jadi ia adalah tanggungjawab anda untuk membuat laptop anda
tahan lebih lama.
Laptop
bukan murah untuk di beli, bukan semua orang mampu membeli baru bila ia rosak.
Dibawah merupakan tips untuk membantu laptop anda bertahan lebih lama.
1.
JANGAN GUNA LAPTOP ATAS PERMUKAAN FABRIK
Anda
perlu berhati-hati sebelum meletakkan laptop anda di atas permukaan fabrik
seperti di atas katil, sofa atau mana-mana permukaan lembut yang lain semasa
dihidupkan. Ini kerana permukaan fabrik yang lembut akan menghalang pengudaraan
(ventilation system) di bahagian bawah laptop.
Ini
menghentikan perjalanan udara dibawah laptop dan mengekalkan suhu. Jadi
sentiasa meletakkan laptop anda di atas meja atau atas permukaan yang keras.
2.
JAUHKAN LAPTOP ANDA DARI CECAIR
Bahan
cecair atau cecair perlu di jauhi dari laptop anda kerana ada kemungkinan
secara tidak sengaja cecair tersebut jatuh pada keyboard dan menyebabkan
keyboard tersebut rosak.
Apa
yang paling teruk adalah cecair tersebut terkena motherboard laptop. Seperti
yang anda semua tahu barang elektronik tak ngam dengan cecair (air).
3.
MEMBERSIHKAN LAPTOP
Membersihkan
laptop anda dari sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Dimana anda perlu
membersihkan kipas laptop yang sudah lama tidak dibersihkan dan mempunyai
banyak habuk. Tidak lupa juga untuk menukarkan thermal paste yang sudah kering.
Anda
juga boleh membersihkan bahagian skrin laptop tersebut dengan menitis cecair
pemberhin skrin pada tisu atau kain.
4.
BERHATI-HATI MENGENDALI DC JACK KETIKA MEMASANG CHARGER
Jangan
sesekali plug in adapter pada dc jack dengan kuat kerana ia boleh berlaku
retakan pada pateri yang menyambungkannya ke motherboard. Sekiranya ia retak
elak dari menggunakannya. Ini kerana ia boleh merosakkan motherboard anda dan
juga charger anda.
5. JANGAN LETAKKAN LAPTOP ANDA BERDEKATAN DENGAN
PERKAKASAN ELEKTRIK
Jangan
sekali-kali meletakkan apa-apa peralatan elektronik berhampiran laptop kerana
skrin tersebut boleh menjadi medan elektromagnet (EMF), yang boleh merosakkan
peralatan elektronik lain dan juga pada laptop tersebut.
6.
JANGAN ON LAPTOP TERLALU LAMA
Dinasihatkan
jika anda mahu mengunakan laptop lebih dari 5 jam dan ke atas. Sebaiknya off
dahulu 30 minit sebelum anda menyambung kerja anda menggunakan laptop.
Ini
kerana ada kemungkinan komponen laptop anda terlalu panas dan boleh menyebabkan
kerosakan. Seperti yang anda tahu suhu dan haba yang panas merupakan musuh
utama laptop.
7.
JAUHI LAPTOP ANDA DARI KANAK-KANAK KECIK
Ini terbukti bahawa peratusan
untuk mereka yang meletakkan laptop dimana anak-anak kecil boleh akses,
berkemungkinan besar boleh menyebabkan laptop itu boleh rosak. Ini kerana tiada
orang dewasa yang mengawasi mereka ketika itu. Mungkin laptop tersebut
terjatuh, dipijak-pijak dan sebagainya.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan