7 Tips Tingkatkan Jangka Hayat Bateri Laptop
Pernah tak bila kita mahu gunakan
laptop untuk kerja-kerja mustahak, pada masa itu juga, bateri laptop hampir
habis? Power adapter tertinggal
di rumah? Ataupun mungkin tiada power outlet untuk cas bateri laptop?
Walau
apa pun yang terjadi, kita masih ada harapan untuk perah semua tenaga yang
laptop kita ada untuk menambahkan waktu penggunaan. Ada beberapa perkara mudah
yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan masa ekstra.
Sesetengah
tips adalah untuk menambahkan hayat bateri pada saat-saat bateri laptop hampir
habis. Manakala yang selebihnya pula adalah untuk jangka masa yang panjang dan
perlu dilakukan sebelum hayat bateri habis.
TIPS JANGKA MASA PENDEK
1. Aktifkan Battery saver mode atau Eco
mode
Kebanyakan
mode battery saver ini
akan melakukan beberapa perubahan secara automatik untuk menambahkan hayat
bateri. Profail yang telah disimpan didalam laptop kita ini juga menukarkan
komponen-komponen laptop kita ke keadaan kuasa yang rendah.
2. Mematikan port yang tidak
digunakan
Cara
yang paling mudah sekali untuk kita mengurangkan penggunaan tenaga adalah
dengan mematikan komponen-komponen yang tak diperlukan.
1.
Cabutkan semua peranti yang tak perlukan sebagai contoh USB
mouse atau External Hard Disk.
2.
Tutup Wi-Fi dan Bluetooth.
3.
Mematikan optical drive. Pergi ke Device
Manager dan tekan dua kali DVD/CD-ROM Drives. Klik
kanan pada optical
driveanda dan pilih Disable.
3. Mengubah tetapan/setting laptop
Meskipun
kita menggunakan skrin dan juga papan kekunci, ada juga tetapan yang perlu
ditukar untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
1.
Matikan lampu pada papan kekunci. Jika anda perlukan juga lampu
itu, anda boleh menggunakan dengan keterangan yang rendah.
2.
Turunkan kecerahan laptop. Meskipun anda menggunakan hanya 50
peratus kecerahan, ia sangat membantu untuk menjimatkan kuasa laptop anda.
3.
Seandainya anda menggunakan resolusi 1080p, anda boleh
menukarkan kepada 1366×768. Ini boleh dilakukan seandainya anda hanya melakukan
kerja-kerja berkaitan dengan dokumen.
4.
Turunkan atau mute bunyi laptop anda.
4. Mematikan aplikasi dan juga proses
Bukan
komponen laptop sahaja yang mencuri bateri laptop. Perisian, aplikasi dan
proses yang berjalan pada laptop anda turut meningkatkan penggunaan bateri.
1.
Pada taskbar, Exit sebarang aplikasi
pada Tray yang
anda tidak perlukan.
2.
Buka Task Manager dengan
menekan butang Ctrl + Alt + Del,
dan cari aplikasi yang anda tidak perlukan dan tekan butang End Task.
TIPS JANGKA MASA PANJANG
5. Menjaga bateri dengan baik
Semuanya
bermula pada bateri itu sendiri. Bateri perlu dijaga dengan baik untuk
mengekalkan ketahanan dan hayat bateri.
1.
Cas bateri sehingga penuh. Bateri pada masa kini iaitu lithium-ion dan lithium-polymer tidak
seperti bateri nickel metal hydride yang perlu di hadkan
waktu pengecasan.
2.
Mengelakkan bateri berada didalam keadaan yang panas buat jangka
masa yang panjang kerana haba boleh mengurangkan jangka hayat bateri.
6. Melakukan Maintenance
Maintenance perlu
dilakukan untuk penggunaan kuasa yang lebih efisien. Penyelenggaraan yang
ringkas cukup untuk menambah hayat bateri dan juga meningkatkan prestasi
laptop.
Anda
hanya perlu lakukan disk
defragmentation dan juga disk
cleanup.
7. Bawa bateri backup
Cara
paling mudah untuk memastikan anda mempunyai bateri yang cukup adalah untuk
membeli bateri ekstra ataupun external
battery pack.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan