Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: 9 Perkara Yang Perlu Di Lakukan Selepas Beli Laptop Baru – Part 1

Cari Model Mac

Rabu, 13 Disember 2017

9 Perkara Yang Perlu Di Lakukan Selepas Beli Laptop Baru – Part 1

9 Perkara Yang Perlu Di Lakukan Selepas Beli Laptop Baru – Part 1





Sama ada anda seorang pakar komputer atau hanya pengguna biasa, tiada apa yang lebih syok daripada mengeluarkan laptop yang berjenama dari kotak yang baru dibeli buat pertama kali.
Masalah yang dihadapi hari ini kita semua terikat pada teknologi, seperti telefon pintar, laptop, komputer peribadi. Di zaman moden ini, kita hidup dan mati dengan teknologi di tangan kita. Ini sebabnya mengapa membuka laptop baru yang berjenama sangat menyeronokan.
Disamping itu, kebanyakan dari kita menggunakan laptop baru, disebabkan laptop lama sudah tidak boleh berfungsi ataupun terlalu lambat, tiada apa yang lebih baik dari menggunakan laptop yang baru, cantik, laju dan sebagainya.
Hanya kerana anda membawa pulang satu jenama laptop baru tidak bermakna ia sudah sedia untuk memulakan kerja. Sama seperti benda yang lain, anda perlu menghabiskan masa untuk menetapkan konfigurasi yang diperlukan.
Hari ini, kita akan melihat 9 perkara yang perlu anda lakukan selepas membeli laptop baru.
1. Check kotak laptop anda
Walaupun ia jarang berlaku, kadang-kadang ada sesuatu yang tertinggal dalam kotak laptop anda. Boleh jadi sesuatu yang sangat mudah seperti maklumat warranty atau sesuatu yang lebih penting seperti power cable. Periksa betul-betul kandungan kotak anda dengan teliti untuk memastikan semuanya ada.
Jika ada sesuatu yang hilang, bungkus semua dan mengembalikannya untuk ditukar dengan yang baru, atau paling tidak pun mendapatkan syarikat, kedai tersebut untuk menghantar part yang tidak disengajakan tiada dalam kotak tersebut.
2. Simpan paperwork dari kotak tersebut
Apabila anda beli laptop baru, selalunya akan ada maklumat warranty, registration card dan banyak lagi yang ada didalam kotak tersebut. Ramai orang tidak menghiraukan perkara ini dan terus campak dan buang kotak tersebut, masalah akan berlaku apabila anda diminta untuk menunjukkan maklumat yang lengkap sekiranya berlaku masalah pada laptop tersebut.
Simpan semua maklumat dan letakkan ke dalam fail dan simpan di tempat yang senang anda ingat bersama dokumen-dokumen penting yang lain. Jika sesuatu berlaku di jalan, dan anda dapat membuktikan anda membeli laptop tersebut, ini biasa berlaku bila anda ingin claim warranty.
3. Hidupkan laptop anda
Sebaik sahaja anda telah memastikan anda mempunyai segala-galanya, sekarang masanya untuk anda setup semua peralatan. Jika anda mempunyai stesen kerja, pasang kabel dengan kemas dan sambungkan kabel-kabel USB yang diperlukan seperti printer.
Anda tidak perlu hidupkan lagi laptop tersebut, sebaiknya pastikan stesen kerja anda lengkap dengan peralatan yang hendak digunakan supaya mudah anda untuk melakukan kerja sebelum melakukan proses konfigurasi.
4. Set Account Windows
Sekarang keseronokan bermula. Hidupkan laptop atau komputer anda sambil menunggu ia boot up buat kali pertama. Kemungkinan besar anda akan digesa untuk membuat akuan pengguna untuk laptop tersebut yang akan anda gunakan untuk log masuk.
Teruskan membuat akuan ini sekarang. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang anda ingat supaya tidak lupa, kalau lupa macam mana nak log masuk loptop itu nanti. Semasa proses ini, anda boleh pilih sama ada hendak connect wireless network atau menyambung kabel ethernet untuk akses internet atau pun skip sahaja.
5. Remove Bloatware (buang software junk yang tidak diperlukan)
Banyak laptop baru datang dengan perisian preloaded. Kadang-kadang perisian ini berguna untuk anda gunakan dan simpan. Tetapi, dalam kebanyakan kes perisian yang dimasukkan adalah yang dipanggil bloatware.
Perisian ini biasanya datang dalam bentuk demo perisian atau permainan entah apa yang anda dapati tidak berguna sama sekali. Dalam kes-kes lain anda boleh mencari perisian ini wujud pada mesin baru bertujuan untuk menjualkan pada anda perisian.
Bloatware agak menjengkelkan, sia-sia, dan mengambil sumber-sumber yang berhanga dalam laptop atau komputer anda. Masuk ke control panel untuk membuang perisian-perisian seperti ini yang tidak berguna.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan