Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Adakah Mac kebal dari serangan penggodam?

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Adakah Mac kebal dari serangan penggodam?

Image result for ransomware
Adakah macOS kebal dari serangan virus, malware, spyware, ransomware dan lain-lain?
Baru-baru ini, telah berlaku sekali lagi serangan siber yang melibatkan malware yang dikenali sebagai Petya atau juga dikenali sebagai Petrwrap. Malware tersebut telah tersebar secara meluas pada 27 Jun 2017 yang lalu. Motif serangan malware Petya ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan ransomware. Jika ransomware jelas dengan niat untuk mendapatkan bayaran daripada pengguna komputer yang terjejas (pemilik komputer perlu membayar kepada penyebar ransomware bagi membuka semula data komputer pengguna yang telah dienkrip oleh penggodam tersebut), malware Petya pula masih belum jelas motif serangan mereka. Walaupun tujuan dan motif sebenar malware ini wujud belum diketahui, ia masih disiasat sehingga kini dan pihak sekuriti siber antarabangsa telah mengambil tindakan bagi menyekat penyebaran malware ini. Ini kerana, menurut pembangun perisian antivirus McAfee, ransomware Petya ini lebih merbahaya daripada apa yang mampu dilakukan oleh ransomware.
Sebelum ini pada bulan May yang lalu, sebelum serangan malware Petya berlaku, ransomware WannaCry atau juga dikenali sebagai WannaCryptor/WanaCrypt0r telah lebih dulu mengkucar-kacirkan sistem komputer di dunia di mana ia telah berjaya menjangkiti lebih daripada 200,00 buah komputer di seluruh dunia yang meilbatkan pelbagai organisasi swasta dan kerajaan di lebih dari 140 buah negara. Sektor yang terjejas tidak hanya kepada pengguna komputer peribadi sahaja, tetapi juga sektor yang melibatkan kepentingan awam seperti sistem pengangkutan, perbankan, universiti dan banyak lagi. WannaCry telah mengambil kesempatan terhadap kelemahan dalam sistem Microsoft protokol Windows Server Message Block (SMB) untuk menyerang sistem operasi Windows dan menyebarkannya. Walaupun pihak Microsoft telah mengeluarkan kemaskini pada sistem mereka pada Mac 2017 sebelum serangan ransomware itu terjadi, kebanyakan organisasi tidak membuat kemaskini tersebut pada komputer mereka. Akibatnya kebanyakan organisasi tersebut telah terjebak dengan serangan ini.
Negara yang paling teruk terjejas adalah negara Rusia di mana hampir 70% serangan tersebut telah berlaku di sana. Antara negara lain yang turut terjejas teruk daripada serangan ini adalah Ukraine, India, Great Britain dan Taiwan. Manakala sistem komputer yang terjejas teruk adalah komputer yang masih menggunakan sistem operasi Windows XP dan Windows Server 2003 (Sumber dari McAfee Blog). Malah WannaCry juga turut berjaya  menyerang sistem operasi Windows terbaru yang tidak dibuat kemaskini sebelum bulan Mac 2017.
Dari awal tadi AriffMac hanya menyebut serangan ransomware dan malware hanya menjejaskan sistem operasi Windows sahaja. Jadi, persoalannya sekarang adakah sistem operasi macOS kebal dari serangan-serangan tersebut?
macOS tidak kebal!
Dipendekkan cerita, macOS tidak kebal sama sekali. Malah serangan malware dan ransomware terhadap macOS telah pun berlaku. Serangan pertama ransomware pada macOS telah pun berlaku pada Mac 2016 yang lalu di mana macOS diserang melalui aplikasi Transmission iaitu sebuah aplikasi perkongsian fail peer to peer(p2p). Kaki torrent tahulah tu. Kemudiannya sekali lagi macOS diserang ransomware melalui aplikasi HandBrake pula. Kedua-dua serangan melalui aplikasi tersebut telah berjaya ditangani oleh pembangun aplikasi tersebut. Manakala serangan malware ke atas macOS juga telah pun terjadi pada awal tahun ini. Jadi jika ada yang mengatakan Mac kebal daripada serangan siber, itu adalah tidak benar sama sekali. Malah Mac juga tidak kebal dari serangan virus komputer yang mana ia diakui sendiri oleh Apple (secara diam-diam). Cumanya, serangan yang berlaku terhadap Mac agak terpencil dan terkawal.
Adakah Mac kebal dari serangan penggodam?
Sumber dari McAfee Labs.2016
Jika dilihat dari serangan yang dibuat terhadap Mac, ia adalah dibuat melalui aplikasi pihak ketiga. Tidak terus menerusi sistem operasi Mac itu sendiri. Namun begitu, pengguna Mac harus sedar serangan siber terhadap Mac semakin meningkat setiap hari. Serangan yang dilakukan adalah dalam pelbagai bentuk seperti spyware, malware, ransomware dan banyak lagi. Para pengguna Mac perlulah bersiap sedia dan sentiasa berhati-hati ketika melayari internet. Terdapat beberapa cara untuk menjadikan sistem macOS anda sentiasa dalam keadaan bersedia dari serangan siber iaitu :-
Hidupkan dinding berapi (Firewall)
Adakah Mac kebal dari serangan penggodam?
Pastikan Firewall Mac anda dihidupkan bagi membolehkan aplikasi, program atau servis yang datang dari sambungan internet ke Mac ditapis terlebih dahulu. Sebarang sumber yang tidak dikenal pasti oleh macOS dan sambungan yang dianggap merbahaya akan dihalang daripada mengakses macOS.
Pastikan sumber aplikasi yang sahih
Adakah Mac kebal dari serangan penggodam?
Jika anda hendak memasukkan sesebuah aplikasi ke dalam Mac, pastikan ia daripada pembangun atau sumber yang diyakini. macOS mempunyai ciri bagi menghalang aplikasi yang tidak diketahui sumbernya daripada dimasukkan ke dalam Mac secara automatik. macOS hanya akan membenarkan aplikasi yang dimuat turun daripada Mac App Store ataupun dari pembangun aplikasi yang berdaftar dengan Apple sahaja. Selain daripada itu, macOS tidak akan memproses kemasukan aplikasi tersebut. Kecuali jika pengguna itu sendiri yang membatalkan arahan tersebut secara manual bagi memasukkan juga aplikasi tersebut ke dalam Mac. Tetapi risikonya ditanggung sendiri oleh pengguna tersebut. Apa yang penting macOS telah melaksanakan tanggungjawab terhadap sistemnya.
Kawalan tetapan dari aplikasi pihak ketiga
Adakah Mac kebal dari serangan penggodam?
System Preferences – Security & Privacy
Anda mungkin ada menggunakan aplikasi pihak ketiga bagi membuat tetapan tertentu terhadap Mac yang anda gunakan. Sekiranya ada, macOS akan memerlukan pengguna untuk membenarkan aplikasi tersebut mengawal bagi ciri tambahan yang mungkin diperlukan untuk membuat tetapan tertentu terhadap macOS. Jadi sekali lagi dinasihatkan supaya anda meyakini kesahihan sesebuah aplikasi tersebut sebelum membenarkan ia dimasukkan dan mengawal macOS tersebut.
Gunakan perisian antivirus
Ini hanya pendapat AriffMac, terpulang kepada para pengguna Mac sendiri. Penggunaan perisian antivirus untuk situasi masa kini adalah amat baik digunakan. Ini adalah bagi menambahkan lagi benteng pertahanan untuk keselamatan macOS anda. Tetapi adakah ia akan menjamin Mac anda terselamat dari serangan-serang siber… tentulah tidak. Tetapi sekurang-kurangnya sistem keselamatan untuk Mac anda berjaya ditingkatkan dan akan menyukarkan lagi Mac tersebut dari digodam. Cumanya, pastikan anda menggunakan perisian antivirus yang sesuai dengan Mac dan aktiviti harian anda. Tidak ada ruginya menggunakan perisian antivirus yang baik untuk Mac anda jika ia dapat menjamin keselamatan data-data urusan kerja penting anda. Malah anda boleh menggunakan perisian keselamat Mac yang percuma tetapi cukup berkesan dan sudah memadai seperti Malwarebytes, Avira dan banyak lagi.
Akhir sekali…
Backup! Buatlah backup. Tak susah dan tidak mengambil masa yang lama pun.  Anda boleh gunakan Time Machine dari Apple ataupun aplikasi Carbon Copy Cloner yang percuma untuk backup Mac anda.
P/s: Serangan WannaCry yang lalu tidak melibatkan sistem macOS. Hanya sistem Windows sahaja yang terjejas dalam serangan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ada menggunakan sistem operasi Windows di Mac anda, macOS tersebut boleh turut sama terjejas. Jadi sebaiknya sila pastikan Windows di Mac yang anda gunakan sentiasa dikemaskini menggunakan versi yang terbaru.
credit to ariffmac.com
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan