Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Antara Sebab-Sebab Laptop Anda Jadi Lembab

Cari Model Mac

Jumaat, 8 Disember 2017

Antara Sebab-Sebab Laptop Anda Jadi Lembab

    

Untuk anda pengguna laptop di luar sana tu. Mesti pernah alami masalah laptop lembab macam siput kan. Masalah ni tidak asing lagi untuk  semua orang, setiap orang pasti akan alami masalah pada satu tahap tertentu.
Masalah ni boleh buat orang stress, naik darah pun ada. Yelah nak bukak folder dokumen ataupun word nak kene tunggu dia punya slow nak buka file. Ada beberapa sebab yang menyebabkan masalah ini berlaku.

  • MASALAH OPERATING SYSTEM
Ada kemungkinan operating system (windows) terlalu berat atau sudah ada masalah. Boleh jadi windows anda sudah terlalu lama dan macam-macam dah ade dalam system.

  • OPERATING SYSTEM TAK SESUAI
Yang ini pun boleh jadi jugak punca masalah. Sebagai contoh laptop korang tu asal windows XP atau Vista tapi korang upgrade ke 8 atau 10.  Ini di sebabkan laptop tu tak boleh support windows yang baru, upgrade ke windows 7 OK lagi sebab windows 7 ringan lagi berbanding windows 8 & 10.

  • HARDISK PROBLEM
Macam mana nak tahu hardisk dah ada masalah? Senang je korang boleh gunakan software seperti HDD Sentinel, ataupun software Hiren. Software ni boleh membantu tunjuk peratusan health hardisk, kalau bawah 99% tu dah ada masalah lagi-lagi ade bad atau weak sector.
Cepat-cepat la buat backup data takut hardisk tu boleh corrupt bila-bila masa atau total lost.

  • PROCESSOR BAWAH 2.0 ghz
Haa, kalau boleh masa anda nak beli laptop buat research dulu untuk spesifikasi laptop yang nak dibeli. Processor main peranan penting juga untuk performance laptop. Macam mana nak check? Mudah je.
Right click My Computer –> Properties
Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?

  • RAM TAK SAMPAI 2GB
RAM juga penting, kalau RAM sedikit memang slow nak open file, running aplikasi lagi-lagi kalau nk buat kerja multi-tasking, sekurang-kurangnya 2GB RAM sudah memadai. Macam mana nak tengak jumlah RAM? Senang je.
Right click My Computer –> Properties
Tengok kat bahagian RAM–> berapa GB?

  • KIPAS ROSAK ATAU OVERHEATING
Salah punca laptop boleh overheating sebab kipas dah tak berfungsi dengan baik. Kenapa overheating boleh buat laptop lembab? Mana tak nya, korang dah lenjen macam-macam program, buka 3 ke 4 aplikasi memang processor tu panas bila panas dan overload kipas pula tak berfungsi boleh rosak hardware.
Macam mana nak check? Mudah je.
Cara check, tak dengar bunyi kipas ATAU tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) kat laptop anda. Ataupun anda boleh gunakan software speecy untuk check suhu laptop.

  • VIRUS
Ni memang best! Virus tak kira masa bila nak infected kat laptop anda. Yang tak best bila file jadi shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi. Sekarang ni macam-macam jenis virus, malware jadi jangan lupa update antivirus. Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan sama juga dengan pendrive scan dahulu.

  • TAK ADA ANTI VIRUS
Kalau boleh jangan abaikan software anti-virus ni. Kalau tak ada tolong install bukan ape penting untuk laptop anda ada pelindung dari serangan virus dan sebagainya. Ada juga jenis manusia typical macam ni “buat apa ade anti-virus aku tak klik benda yang merapu dan sebagainya”.
Tapi bila dah kena baru tau, lagi-lagi ade fail, dokumen, video, gambar yang penting, dah tak boleh buka baru tau nak menyesal.

  • TERLALU BANYAK STARTUP PROGRAM
Yang ini pun punca laptop anda boleh jadi slow, terlalu banyak startup program yang running. Apa yang boleh dilakukan? Senang je. Download CCleaner, software ni boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting. Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW.

  • BANYAK PROGRAM ATAU APLIKASI YANG ANDA INSTALL
Ada sesetengah program atau aplikasi kat luar sana yang boleh melambatkan performance laptop anda, mungkin disebabkan spesifikasi laptop yang tidak sesuai dan sebagainya. Macam mana nak buat? Mudah je.
Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, saya nasihatkan uninstall je. Sebab buat berat laptop laptop anda je.

  • LAPTOP DAN SPESIFIKASI TERLALU LAMA (OLD SCHOOL)
Yang ni saya tak boleh buat apa. Sebab comfirm processor pun lama apatah lagi komponen-komponen kat dalam tu. Tapi selagi boleh guna, jangan tukar. Pakai je selagi boleh pakai.
Ataupun ada boleh cuba gantikan hardisk anda dengan SSD untuk tambah kelajuan.


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan