Ada beberapa punca kenapa bateri telefon pintar rosak. Antara puncanya ialah kamu menggunakan telefon pintar semasa dicas. Biasanya pengunaan yang berat seperti bermain permainan, menonton video dan proses memuat turun dokumen bersaiz besar.
Selain itu, penggunaan alat pengecas telefon pintar yang tidak original. Maksudnya bukan pengecas telefon pintar kamu yang asal. Setiap alat pengecas yang disertakan sekali bersama telefon pintar kebiasaan direka sesuai dengan telefon pintar kamu.
Jadi apakah tanda-tanda bateri telefon pintar kamu telah mengalami kerosakan?
Perkara pertama yang kamu akan perasan ialah setiap kali telefon pintar dicas, walaupun status bateri menunjukkan tahap 100% tetapi apabila tiba pada tahap 50%, telefon pintar kamu akan OFF secara tiba-tiba. Apabila mula dicas, telefon pintar kamu menunjukkan tahap bateri 0%.
Selain itu, bateri telefon pintar kamu akan cepat habis. Cas mengambil masa 2 jam namun selama beberapa minit diguna sudah menunjukkan tanda amaran bahawa telefon kamu perlu dicas kembali. Ini bermakna telefon pintar kamu semakin kerap perlu dicas dalam sehari.
Kamu juga akan perasan bateri telefon pintar kamu cepat sangat penuh. Lain dari kebiasaan sejak mula-mula kamu beli. Biasanya bateri cepat penuh cepat juga akan habis. Tanda-tanda lain ialah bateri telefon pintar kamu menjadi kembung.
Apabila sampai tahap bateri menjadi kembung, kamu perlu tukar dengan segera. Ia terlalu bahaya untuk diguna kerana dibimbangi akan meletup. Disamping itu, telefon pintar kamu akan panas melampau walaupun penggunaan yang ringan.
Tanda-tanda tersebut ialah isyarat biasa bateri telefon pintar kamu perlu ditukar.
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan