Asus ROG Strix GL503
Spesifikasi
·
Intel Core i7-7700HQ Processor
·
Nvidia GeForce GTX 1050 4GB GDDR5
·
16GB Memory
·
1 TB SATA Hybrid HDD 5,400RPM
·
6 inches Full HD Screen
·
11ac WiFi with Bluetooth 4.1
Asus ingin mengeluarkan sebuah laptop
gaming dengan harga bajet, dan Asus ROG STrix GL503 adalah hasilnya. Ia
merupakan salah satu gaming laptop bajet dengan rupa yang menarik, berasaskan
laptop premium keluaran Asus sendiri.
Rekabentuk
Laptop ini kelihatan lebih premium
kerana Asus meletakkan penutup laptop daripada laptop gaming terulungnya, ROG
Zephyrus. Meskipun logo ROG pada laptop ini kurang elegan, tetapi secara
keseluruhannya, ia cukup cantik.
Skrin dan Bunyi
Dengan skrin Full HD yang bersaiz
15.6 inci ini, ia memberikan gambar yang kemas, dan juga warna yang terang dan
tepat. Skrinnya juga lebih terang berbanding Aspire, Legion, dan juga Inspiron.
Kualiti audio agak mengecewakan.
Untuk memenuhi ruang bilik yang kecil, ia perlu dipasang kuat, dan menyebabkan
ada bunyi echo pada speaker Strix GL503 ini.
Keyboard dan
Touchpad
Keyboard pada Strix GL503 ini boleh
dikatakan biasa-biasa sahaja. Ia agak lembut apabila ditekan dan ia tidak
melantun balik ke posisi asal dengan cepat. Namun begitu, ia masih boleh
digunakan, dan dengan adanya RGB backlighting, warna pada keyboard boleh diubah
suai melalui software ROG Aura Core yang terdapat pada Strix GL503.
Touchpad Strix GL503 sangat kurang
memuaskan. Butang pada touchpad ini agak kasar, dan rasa seperti akan pecah.
Tetapi, swipe dan multi-gesturs boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Prestasi
Jika hanya skrin
dan juga rekabentuk yang anda inginkan, laptop gaming Asus ROG Strix GL503 ini
merupakan sebuah laptop yang cukup memuaskan untuk anda. Anda mungkin hanya
memerlukan gaming mouse, dan juga SSD, dan sepatutnya itu sudah memadai.
Processor i7 dengan GTX 1050 sudah cukup memuaskan untuk game dan juga
kerja-kerja harian.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan