Bagaimana Memuat-Turun ISO Untuk Windows 10?
Windows 10 telah mula ditawarkan melalui Windows Update secara
berperingkat kepada pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1. Tetapi, bagaimana
sekiranya anda tidak sabar untuk mencubanya, atau ingin membuat pemasangan baru
pada komputer anda?
Untuk tujuan tersebut, anda boleh memuat-turun fail ISO Windows
10 hari ini secara terus daripada laman Microsoft. Bagi tujuan tersebut,
terlebih dahulu anda perlu memuat-turun sebuah perisian bersaiz kecil yang
disediakan oleh Microsoft, dinamakan sebagai Media
Creation Tool.
Menggunakan perisian ini, pengguna boleh membuat dua perkara,
iaitu memilih untuk memuat-turun fail ISO bagi Windows 10, ataupun membuat
media untuk pemasangan terus menggunakan DVD ataupun pemacu USB.
Sebaik sahaja anda
selesai memuat-turun fail Media Creation Tool,
anda akan diberikan pilihan untuk mengemaskini komputer sedia ada anda kepada
Windows 10, ataupun memilih untuk memuat-turun Window 10 untuk dipasang pada
komputer lain.
Bagi tujuan memuat-turun ISO, anda diperlukan memilih pilihan
kedua, dan seterusnya pada skrin seterusnya anda boleh memilih jenis yang anda
kehendaki – sama ada Windows 10 Home atau Pro, dan seterusnya jenis sama ada
32-bit atau 64-bit.
Pada skrin akhir, anda akan diminta untuk memilih sama ada
membuat pemacu USB untuk pemasangan terus, ataupun sekadar memuat-turun fail
ISO sahaja.
Perisian ini seterusnya akan memuat-turun fail ISO sekitar 4GB
terus ke komputer anda dan memperlihatkan progress muat-turun.
Fail berbentuk ISO ini boleh digunakan untuk mengemaskini
komputer Windows lain, selain turut digunakan untuk tujuan percubaan pada
Virtual Machine dan sebagainya.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan