Betul Ke Laptop Lagi Laju Kalau Guna SSD?
Solid
state drive (SSD) kini merupakan keperluan bagi komputer moden. Berbeza pada
beberapa tahun yang lepas di mana harga SSD adalah sangat mahal. Sekarang anda
mampu memilikinya kerana terdapat model SSD pada harga budget.
SSD
merupakan teknologi storan (storage) yang baru dan moden berbanding mechanical
hard disk yang biasa digunakan pada majority komputer dan laptop. SSD
menawarkan banyak kelebihan lain yang membuatkan pengguna yang menggunakan HDD
telah bertukar kepada SSD.
Ada 5 cara bagaimana SSD dapat melajukan laptop anda.
1.
Penggunaan Solid State Drive (SSD) melajukan boot komputer anda dengan lebih
cepat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 7, Windows
8.1 atau Windows 10)
2.
Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write
Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau
desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s
tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.
3.
Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom,
Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian
Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.
4.
Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan
mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus
diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting
bagi kualiti visual dan performance gaming.
5.
Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi
seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan
penggunaan harian lebih lancar dan responsive.
Contohnya
seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser, scan
antivirus dan sebagainya. Untuk optimasikan penggunaan ruang Solid State
Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu,
video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.
—
Hasilnya, kebanyakan model
Macbook walaupun menggunakan processor dual-core tetapi sangat laju dan
responsif. Pembuat PC lain pula kini dilihat semakin beralih kepada storan SSD
di dalam model-model komputer terbaru, dan tidak terhad kepada komputer
kategori high-end sahaja.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan