Buang Virus dari Storan USB, Pendrive guna CMD pada Windows 10
Untuk menghapuskan virus dengan
menggunakan command prompt, kita akan menggunakan arahan ‘attrib‘ di
dalam cmd. Arahan ini berperanan untuk memaparkan, menetapkan dan membuang
attribute yang berlainan di dalam sesebuah fail atau folder seperti
baca-sahaja, arkib, sistem, atau attribute tersembunyi. Melalui arahan ini
juga, kita akan cuba mengubah attribute yang telah ditetapkan pada fail-fail
yang terlibat dan seterusnya, memulihkan ia kembali.
Berikut adalah attribute asas untuk arahan attrib yang boleh
kita gunakan;
R – Mewakili attribute ”Read-Only” (baca sahaja) untuk fail
atau folder berkenaan. Read-only bermaksud fail berkenaan tidak boleh ditulis
atau dilaksanakan.
H – Mewakili attribute “hidden” (tersembunyi)
S – Attrtibute ini digunakan untuk mengubah attribute fail
atau folder yang dipilih dari fail pengguna kepada fail sistem dengan menetapkannya
sebagai “system”.
Sintaks “attrib”
Berdasarkan susun atur arahan di atas, berikut adalah
parameter-parameter dan pengubah-pengubah yang boleh digunakan:
‘+ / –’ : Untuk menetapkan atau membatalkan
attribute-attribute tertentu
‘attribute’ : Sama seperti yang diterangkan di atas
‘/S’ : Membuat carian pada kesemua laluan ke lokasi (path) termasuk subfolder
‘/D’ : Memasukkan sekali folder proses
‘pathname’ : Lokasi di mana fail atau folder berkenaan ditempatkan
‘attribute’ : Sama seperti yang diterangkan di atas
‘/S’ : Membuat carian pada kesemua laluan ke lokasi (path) termasuk subfolder
‘/D’ : Memasukkan sekali folder proses
‘pathname’ : Lokasi di mana fail atau folder berkenaan ditempatkan
Berikut adalah contoh
bagaimana sintaks attrib digunakan;
Jom kita mulakan:
Katakan terdapat virus ‘autorun.inf’ pada storan D: anda.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan;
·
Mulakan command prompt sebagai administrator
·
Disebabkan virus ‘autorun.inf’ ini berada di dalam storan D:,
kita perlu mengubahkannya dengan taipkan D: dan
tekan butang Enter.
·
·
taipkan attrib dan tekan butang Enter.
Arahan ini akan menyenaraikan segala fail di dalam pemacu yang dipilih dan anda
akan nampak virus autorun.inf di dalam senarai seperti di bawah.
·
Untuk membuang virus dengan menggunakan CMD, taipkan attrib
-r -a -s -h *.* dan tekan butang Enter.
Arahan ini akan membuang attribute-attribute Read Only, Archive, System
dan hidden di dalam fail-fail berkenaan.
·
Harus diingat, arahan ini hanya akan membuang attribute fail
sahaja dan failnya masih ada lagi di dalam storan berkenaan. Untuk membuang
fail virus tersebut, taipkan del autorun.inf dan tekan
butang Enter.
Langkah yang sama boleh juga
dilakukan pada storan lain termasuk pendrive USB. Virus-virus dengan extension
lain seperti .exe, .ink, dan juga virus shortcut boleh
dipadamkan dengan menggunakan cara yang sama.
Semoga panduan yang disampaikan ini dapat membantu anda dalam
menghapuskan virus yang mengganggu kerja harian anda.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan