Caffeina
– Perisian Yang Memastikan Komputer Anda Sentiasa Aktif Dan Tidak Masuk Mod “Rehat”.
Bagi anda yang aktif membuat beberapa tugasan khusus, seperti
penyuntingan gambar, video dan sebagainya – mungkin anda inginkan komputer anda
sentiasa aktif, dan tidak masuk mod “berehat” selepas seketika atau
mengaktifkan screensaver. Sebagai contoh,
ketika anda sedang menantikan komputer anda selesai memproses video, atau
selesai memuat-naik sesuatu fail ke storan awan, anda semestinya perlu
memastikan ia tidak terhenti pada pertengahan kerana komputer anda masuk
Untuk tujuan berkenaan, terdapat beberapa perisian yang
membantu, dan salah satunya adalah Caffeine.
Melalui Caffeine untuk Windows, ia membuat simulasi menekan
butang pada papan kekunci secara maya setiap 59 saat, sekaligus membuatkan
komputer anda fikir anda sedang menggunakan komputer dan memastikan skrin aktif
sepanjang masa. Ini juga mengelakkan komputer mengunci sendiri, memasuki mod
berehat, atau mengaktifkan screensaver.
Anda juga turut boleh mengawal berapa lama perisian ini perlu
aktif, sebelum ia ditamatkan secara automatik dan komputer anda memasuki mod
berehat. Ini mungkin membantu sekiranya anda ingin menjadualkan sesuatu perkara
sebelum anda masuk tidur.
Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, Caffeine boleh
dimuat-turun untuk Windows secara percuma melalui laman rasminya.
Credit : amaz
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan