Cara Mengunakan
Thermal Paste Yang Betul Pada CPU
Membina PC sendiri semestinya tak lari daripada tugasan memasang
Heatsink Kipas CPU atau memasang mana-mana sistem penyejuk CPU yang lain.
Antara langkah yang penting ialah meletakkan Thermal Paste pada
CPU/Heatsink anda. Tahukah anda bahawa, cara yang salah boleh menyebabkan
suhu CPU anda sentiasa tinggi atau
overheat?
Tujuan utama Thermal Paste diletakkan diantara permukaan CPU dan
Heatsink ialah untuk memastikan tiada ruangan udara atau jarak antara dua
peralatan tersebut. Kehadiran jarak atau lapisan udara menyebabkan permindahan
haba panas yang tidak sempurna, sekaligus menyebabkan suhu CPU anda naik. Lebih
parah, jika CPU anda akan overheat dan rosak.
Antara kesilapan utama dibuat ialah menggunakan Thermal Paste berulang
kali tanpa menukar baru. Perlu diingatkan, Thermal Paste hanya boleh
diguna sekali dan jika dah diguna, perlu cuci dan letak balik yang
baru.
Salah satu lagi kesalahan ialah meletakkan terlalu banyak thermal paste.
Ini boleh menyebabkan thermal paste meleleh di tepi CPU. Ini dikira pembaziran
duit beli thermal paste. Kuantiti yang banyak tidak akan mengubah kecekapan
penyejukkan CPU anda. Malah lelehan Therml Paste ini memberikan risiko untuk
litar pintas pada papan induk anda.
Selain itu, kualiti Thermal Paste akan menurun mengikut masa. Jika
anda perasan suhu CPU sentiasa tinggi, itu salah satu tanda anda perlu ganti
Thermal Paste baru.
Apabila menggantikan thermal paste, pelbagai cara boleh digunakan.
Antara cara yang paling diminati ialah meletakkan thermal paste sebanyak saiz
sebesar kacang pada bahagian tengah CPU. Nampak sedikit, tetapi tindakan
permukaan heatsink menekan permukaan CPU menyebabkan thermal paste tersebar
secara rata ke semua permukaan CPU.
Nampak
sedikit, tapi percayalah jumlah sebanyak ini mencukupi
Selain itu, teknik meletakkan thermal paste berbentuk “X” diatas
permukaan CPU juga boleh digunakan.
Kemudian ada juga teknik lain seperti buat bulatan, buat dot-dot dan
lain-lain. Tapi percayalah semua teknik tersebut ok cuma, dua teknik di
atas adalah yang terbaik dan murah.
Credit:DP
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan