Buka sahaja pen drive di komputer, semua fail dan folder telah bertukar menjadi pintasan (shortcut).
Anda boleh melihat fail tersebut tetapi malangnya ia tidak boleh dibuka.
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja data anda menjadi bentuk pintasan.
Bingung?
Saya rasa situasi di atas pernah berlaku kepada anda.
Mungkin sekali.
Mungkin dua kali.
Mungkin juga sudah berkali-kali.
Jika berkali-kali itu sudah dikira agak kritikal.
Apa yang boleh saya katakan kemungkinan besar pen drive anda telah dijangkiti oleh sejenis virus shortcut.
Apa itu virus shortcut?
Buat masa ini tiada definisi Wikipedia untuk virus shortcut.
Tetapi…
…seperti namanya, ia adalah sejenis virus (malware) yang menyembunyikan fail asal anda di dalam bentuk pintasan (shortcut).
Jika terkena jangkitan hampir kesemua fail, folder dan cakera keras (hard disk) akan bertukar menjadi pintasan.
Bolehkah data diselamatkan?
Boleh.
Jangan risau.
Semuanya masih ada, cuma perbezaannya anda tidak boleh membuka atau mengakses fail-fail tersebut.
Ingat.
Jika dibiarkan terlalu lama fail anda boleh dirosakkan atau dipadam terus oleh virus shortcut ini.
Bagaimana virus shortcut merebak?
Ia tidak muncul secara tiba-tiba kecuali anda melakukan perkara-perkara berikut:
- memuat turun perisian daripada pihak ketiga (third party) yang tidak dipercayai.
- menyambung pen drive rakan-rakan anda yang mengandungi virus shortcut kepada komputer anda.
- menyambung pen drive anda sendiri kepada komputer rakan-rakan anda yang telah dijangkiti oleh virus shortcut ini.
Langkah-langkah pencegahan daripada terus merebak
Sebaik-baiknya anda menghentikan fungsi autoplay pemacu boleh alih di komputer anda.
Ketika membuka kandungan pen drive, jangan klik dua kali (double-click) fail atau folder tersebut.
Cara yang betul adalah klik kanan fail atau folder lalu pilih Explore. Tujuannya untuk mengelakkan daripada arahan virus shortcut dilaksanakan.
Terdapat banyak cara membuang virus shortcut di dalam komputer anda. Cara yang paling mudah dan pantas adalah dengan menggunakan cmd (command prompt).
Cara kedua pula adalah dengan menggunakan perisian seperti virus shortcut remover UiTM dan UsbFix.
Saya tidak akan mengulas tentang virus shortcut remover UiTM tetapi menumpukan pada cara menggunakan cmd dan UsbFix sahaja dalam tutorial pada kali ini.
Mari saya tunjukkan anda cara menghapuskan virus shortcut ini dan seterusnya menyelamatkan data penting anda.
Cara remove virus shortcut dengan command prompt (CMD)
Ini adalah cara yang paling popular.
Pada kali ini saya menggunakan Windows 7 untuk menunjukkan cara yang betul menghapuskan virus degil ini.
Pastikan anda membaca langkah demi langkah di bawah dengan teliti.
Sebelum itu, pastikan komputer yang anda gunakan bebas daripada virus.
Jika tidak, virus shortcut akan muncul semula kerana anda tidak membersihkan punca merebaknya virus ini.
Mari kita teruskan…
Sambungkan pen drive anda kepada komputer meja atau laptop anda.
Sila imbas (scan) terlebih dahulu pen drive anda dengan menggunakan perisian antivirus yang boleh dipercayai (reliable).
Setelah proses mengimbas selesai, klik butang Start dan taip cmd. Kemudian klik kanan pada cmd dan pilih Run as administrator.
Saya ulangi, pastikan anda pilih Run as administrator.
Klik butang Yes sekiranya ada tetingkap kecil yang muncul.
Salin dan tampal (copy and paste) kod di bawah dan tekan kekunci Enter:
ATTRIB -H -R -S /S /D G:\*.*
Nota: Tukarkan huruf G mengikut huruf pada pen drive anda.
Jika huruf pen drive anda adalah F, taip huruf F. Tunggu sehingga arahan (command) kedua keluar.
Apabila telah muncul, pen drive anda telah siap dibersihkan dan tidak lagi menjadi pintasan (shortcut).
Setelah selesai tutup tetingkap cmd tersebut.
Lihat semula kandungan pen drive anda.
Jika fail dan folder asal masih tiada di dalam, kemungkinan fail dan folder tersebut masih tersembunyi.
Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada butang Start kemudian pada ruangan Search programs and files taip folder options.
Pilih Folder Options seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah ini.
Tetingkap Folder Options akan muncul.
Klik pada tab View kemudian tandakan tanda semak (tick) pada Show hidden files, folders, and drives.
Setelah selesai klik butang Apply.
Jika semuanya berjalan lancar, anda sepatutnya sudah boleh melihat semula kandungan pen drive anda.
Pilih fail atau folder anda kemudian klik kanan dan pilih Properties.
Pada bahagian Attributes buang tanda semak (untick) pada kotak Hidden.
Klik butang OK.
Sekiranya tetingkap Confirm Attribute Changes muncul, anda hanya perlu menekan butang OK.
Jangan lupa untuk mengembalikan tetapan di Folder Options kepada tetapan asal. Pada tetingkap Folder Options klik butang Restore Defaults.
Setelah selesai klik butang OK seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
Cara di atas juga boleh digunakan untuk membuang virus shortcut pada cakera keras mudah alih (portable hard disk) dan pada partition komputer (drive C: dan drive D:).
Tidak berjaya?
Usah sedih.
Masih ada cara lain yang boleh anda cuba.
Anda juga boleh menggunakan perisian UsbFix untuk mengatasi masalah ini.
Cara remove virus shortcut dengan menggunakan perisian UsbFix
Sila muat turun perisian UsbFix di laman web rasmi mereka.
Setelah muat turun selesai buka perisian UsbFix tersebut. Klik butang Acceptsekiranya tetingkap USBFIX muncul.
Satu pintasan akan di paparkan di desktop komputer / laptop anda setelah proses pemasangan selesai.
Klik dua kali pada perisian UsbFix tersebut. Jika ada tetingkap kecil yang muncul anda hanya perlu menekan butang Yes.
Paparan UsbFix akan muncul. Klik pada butang Clean.
Anda akan diminta untuk menyambungkan pen drive kepada komputer anda.
Sila sambungkan pen drive anda dan pastikan real-time protection antivirus anda telah dinyahaktifkan.
Maksudnya, tutup (off) real-time protection agar antivirus utama anda tidak mengganggu tugas UsbFix ini.
Tekan butang OK.
Paparan You think of being infected akan muncul?
Anda boleh menekan butang No buat masa ini.
Proses mengimbas (scanning) virus shortcut akan berjalan.
Satu paparan muncul UsbFix is going to stop the not vital processes. Please register your current work. Thank you.
Sila tutup apa-apa program yang anda tidak gunakan kemudian klik butang OK.
Sila tunggu sebentar. Semua virus yang menjangkiti pen drive anda akan dibuang secara automatik.
Jika paparan seperti di bawah ini muncul, anda boleh menekan butang No.
Pastikan anda but semula (restart) komputer meja / laptop anda setelah proses mengimbas virus shortcut selesai.
Tips untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus shortcut
- Pastikan anda mengimbas pen drive / cakera keras mudah alih (portable hard disk) anda dengan perisian antivirus sebelum anda melihat kandungan di dalamnya.
- Elakkan menyambung pen drive / cakera keras mudah alih anda kepada komputer meja / laptop rakan-rakan yang tidak mempunyai antivirus langsung.
- Elakkan memasang (install) perisian yang tidak dikenali.
- Pastikan program antivirus anda sentiasa dikemas kini.
- Imbas komputer meja / laptop anda sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sekali.
- Elakkan melawat laman web yang menyediakan perisian-perisian cetak rompak.
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan