Sebelum ini Apple telah memuat naik kemaskini terbaru bagi macOS Sierra versi Beta 10.12.4. Dalam kemaskini terbaru ini terdapat beberapa penambahbaikan terhadap macOS serta beberapa ciri terbaru. Tapi ciri terbaru yang menarik perhatian saya adalah mod Night Shift.
Ciri terbaru Night Shift
Night Shift merupakan ciri yang telah pun diperkenalkan oleh Apple lebih awal di peranti iOS sebelum ini. Ia merupakan ciri yang bertujuan mengurangkan cahaya biru iaitu selepas terbenamnya matahari di skrin. Ia dapat menjadikan warna skrin monitor anda lebih mesra penglihatan di waktu malam seterusnya membantu anda untuk mudah tidur (senang cerita, tengok skrin waktu malam tak sakit mata). Ia adalah berdasarkan kepada kajian yang pernah dijalankan sebelum ini.
Jika anda menggunakan macOS versi Beta, bolehlah mencuba ciru terbaru tersebut di dalam System Preferences di bahagian Displays. Anda boleh lakukan tetapan mengikut kesesuaian tahap suhu warna skrin yang dikehendaki (lagi panas, skrin akan menjadi lebih keperangan) dan tetapan jadual bagi mod Night Shift diaktifkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan