USB atau nama penuhnya Universal Serial Bus. USB dibangunkan pada pertengahan 1990-an. USB direka bentuk untuk menyeragamkan semua peralatan yang disambungkan pada sesebuah komputer seperti papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), kamera digital, telefon dan lain-lain.
Sebagai contoh jika dahulu beberapa perkakasan komputer menggunakan port jenis PS/2 dan kini ianya telah diseragamkan bagi menjimatkan ruang. Pembangunan USB ini bermula apabila 7 syarikat iaitu Compaq, DEC, IBM, Intel, Microsoft, NEC dan Nortel yang bertujuan untuk menyeragamkan kesemua sambungan peranti kepada komputer. Dan sehingga hari ini terdapat 3 versi USB iaitu USB 1.0, USB 2.0, dan USB 3.0.
USB 1.0
USB 1.0 diperkenalkan pada Januari 1996. Pada versi ini, kada permindahan data sebanyak 1.5 MBit/s untuk kelajuan rendah (Low Speed) dan 12Mbit/s untuk kelajuan tinggi (Full Speed). Untuk versi ini ianya agak terhad dan terbatas. Akhirnya pada September 1998, USB 1.1 diperkenalkan secara meluas dan telah dapat mengatasi masalah yang terdapat pada versi sebelum ini. Untuk versi kelajuan tinggi, ianya digunakan untuk peranti berkelajuan tinggi seperti pemacu cakera keras (Hard Disk Drive), dan kelajuan rendah untuk peranti seperti joystick. Dan bermula dari saat ini, tujuan menyeragamkan untuk sambungan perkakasan komputer telah hampir sepenuhnya berjaya.
USB 2.0
Selepas hampir 2 tahun iaitu pada April 2000, Hewlett-Packard, Intel, Lucent Technologies (now Alcatel-Lucent), NEC dan Philips bersama mengetuai inisiatif untuk membangunkan USB yang mempunyai kadar permindahan data lebih tinggi. Untuk versi 2.0, mereka berjaya meningkatkan sehingga 40 kali ganda kadar pemindahan data berbanding versi USB 1.1. Untuk versi 2.0, ianya mencapai kadar pemindahan data sebanyak 480Mbit/s atau 60MB/s. USB 2.0 terus berkembang pada Disember 2006 kerana berjaya berhubung dari satu peranti kepada peranti lain tanpa menggunakan host utama dan ianya dikenali sebagai USB On-The Go
USB 3.0
USB 3.0 telah diperkenalkan sejak November 2008. Spesifikasi ini membenarkan kadar pemindahan data pada kadar maksimum iaitu sehingga 5Gbit/s atau 635MB/s). Dengan kadar pemindahan data itu, ianya mengurangkan tempoh penghantaran data dan penggunaan kuasa. Untuk versi 3.0 ini, ianya dikenali sebagai “SuperSpeed”. Port untuk USB 3.0 kelihatan sama seperti port USB 2.0, tetapi untuk versi 3.0 ianya menggunakan 9 pin berbeza dengan versi 2.0 yang hanya menggunakan 4 pin. USB 3.0 dapat beroperasi dalam mode full-duplex (USB 2.0 – half-duplex), dimana proses memuat naik data dan memuat turun data dapat dilakukan serentak tanpa merendahkan kadar pemindahan data. Pada permulaannya, Intel dan Apple tidak menggunakan USB 3.0 ini sehingga tahun 2011 dan akhirnya apabila 2 syarikat besar ini menggunakan USB 3.0 pada peranti mereka ianya telah berkembang dipasaran hingga ke hari ini.
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan