Jimatkan Bateri Laptop
Dengan Mode ‘Battery
Saver’
Bateri
adalah komponen penting untuk sesebuah laptop. Ya, kita boleh hidupkan laptop
tanpa perlukan bateri tetapi kita memerlukan power
adapter.
Bateri
memberikan kita kebebasan tanpa wayar dan kita boleh menggunakan laptop di mana
sahaja.
Jangka
hayat bateri adalah kunci utama untuk sesebuah laptop. Dengan operating system yang terkini daripada
Microsoft iaitu Windows 10, kita boleh menambahkan ketahanan bateri untuk
menambahkan masa penggunaan dengan Battery
Saver.
Battery Saver merupakan fungsi
yang terbaru yang didatangkan khas pada Windows 10. Ia akan mula berfungsi
setelah bateri kita mencecah 20 peratus. Kita juga boleh mengubah tetapan untuk
menentukan bila laptop kita nak menggunakan Battery
Saver.
Fungsi Battery Saver:
1.
Mengurangkan kecerahan skrin laptop. Ia sangat berkesan untuk
mengurangkan penggunaan bateri untuk menambahkan masa penggunaan laptop.
2.
Mematikan aplikasi-aplikasi yang di muat turun daripada Windows
Store. Ia juga menghalang aplikasi-aplikasi ini untuk run di background.
3.
Menghentikan sebarang notifikasi daripada semua aplikasi pada
laptop.
Cara-cara mengaktifkan Battery Saver
1.
Tekan ikon bateri pada taskbar dan tekan
butang Battery
saver.
2.
Apabila battery saver sedang
aktif, anda akan dapat lihat ikon daun hijau yang kecil pada ikon bateri.
Anda
juga boleh mengaktifkan Battery
Saver melalui Settings. Pada Settings, anda boleh mengubah tetapan Battery Saver.
1.
Tekan butang Start/Windows dan tekan
ikon Settings.
2.
Pada Settings tekan pada System.
3.
Pilih Battery dan tekan pada toggle sama
ada untuk menghidupkan atau mematikan Battery Saver.
Pada
tetapan Battery Saver anda
boleh menukarkan tetapan Battery
Saver.
1.
Tetapkan/tukar bila Battery Saver pada
laptop diaktifkan. Tetapan default adalah 20
peratus. Ini bermakna apabila bateri laptop anda mencecah 20 peratus, Battery
Saver akan mula diaktifkan.
2.
Memilih sama ada Battery Saver turut
mengurangkan kecerahan skrin untuk mengurangkan tenaga yang digunakan pada
bateri.
Dengan Battery Saver, anda boleh menambahkan masa
penggunaan terutama sekali ketika anda sedang melakukan tugasan atau kerja yang
perlu dihantar dalam masa yang terdekat. Tetapi apabila bateri anda tinggal 1
peratus, terus sambungkan power
adapter untuk meneruskan penggunaan. Sekian saja artikel mengenai Battery Saver mode. Diharapkan anda dapat
memanfaatkan dan menggunakannya pada laptop anda.
#SHARE
tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan