Untuk storan SSD, idea berkenaan menggunakan solid-state sebagai medium penyimpanan data pernah muncul sebelum ianya terkubur sekitar tahun 1970-an dan 1980-an. Idea ini bangkit kembali dengan penghasilan cip ingatan kilat (flash memory chips) sepertimana terdapat pada pemacu USB yang kita biasa gunakan hari ini.
SSD dikatakan lebih tahan lasak jika dibandingkan dengan HDD kerana faktor rekaan dalamannya yang tidak mempunyai komponen-komponen mekanikal yang bergerak seperti yang terdapat di dalam HDD. Rekaan bukan-mekanikalnya terdiri daripada NAND flash yang dipaterikan di atas papan litar. Ia dikatakan mampu menghadapi gegaran sehingga 1500g/0.5ms. Manakala HDD pula yang mengandungi komponen mekanikal bergerak amat sensitif terhadap sebarang bentuk gegaran dan hentakan.
Prestasi SSD dari segi kepantasan adalah amat menakjubkan. Akses kepada data berlaku hampir spontan dan justeru memendekkan waktu boot sistem komputer. SSD juga mampu mengakses kesemua data secara serentak dan ini membolehkan proses pemindahan fail lebih pantas. HDD pula hanya dapat mengakses kepada fail lebih pantas jika ianya berada pada kedudukan yang hampir dengan kepala baca-tulis (read-write head) HDD.
Penggunaan kuasa antara kedua-dua jenis storan ini juga berbeza. SSD menggunakan kuasa sekitar 2W pada kebanyakan masa. Manakala HDD pula menggunakan kuasa sekitar purata 6W. Penjimatan kuasa dapat menjadikan jangka hayat bateri pada komputer mudah alih seperti ultrabook dan ultraportable menjadi lebih panjang. Malah, pengguna laptop yang menggunakan HDD dapat merasai perbezaan yang ketara apabila menukar storan utama kepada SSD.
Pada berat purata disekitar 77gram, SSD adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan HDD yang berat puratanya disekitar 752.5 gram. Faktor ini merupakan antara penyebab mengapa SSD dijadikan sebagai storan utama untuk ultrabook dan ultraportable.
Beberapa ciri lain yang tidak kurang pentingnya pada SSD adalah ianya lebih senyap dan kurang mengeluarkan haba berbanding HDD. Ketiadaan komponen-komponen mekanikal yang bergerak menjadi punca utama mengapa SSD beroperasi dengan lebih senyap dan kurang menghasilkan haba.
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan