Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Kenapa Laptop Tak Boleh On Langsung

Cari Model Mac

Selasa, 26 Disember 2017

Kenapa Laptop Tak Boleh On Langsung

Laptop pada masa kini menjadi pilihan ramai untuk digunakan bagi tujuan bermain permainan video (video games), membuat kerja diluar kawasan pejabat (selalu kelihatan disekitar McDonald's , Starbucks, KFC) & banyak lagi kegunaannya. Ramai pengguna stress bila mereka menghadapi masalah laptop tak boleh on langsung. Berdasarkan kisah benar, ada kenalan mereka akan mengeluarkan spekulasi awal seperti "laptop tu dah tak boleh repair. Beli yang baru sahaja lah!".







Sebelum anda beli laptop yang baru, baca ini. Masalah laptop tak boleh on langsung berpunca dari 8 sebab iaitu:

- Power Source 

Ini adalah perkara pertama yang anda perlu periksa terlebih dahulu walaupun ianya kelihatan remeh. Soket plug elektrik anda mungkin sudah rosak atau sebagainya. Uji ianya terlebih dahulu dengan menggunakan Test Pen. 


- Power Cord 

Power cord perlu dijaga dengan betul. Cara gulungan atau cara menyimpannya yang salah akan meningkatkan lagi risiko untuk ianya rosak. 

Ada cara untuk kenalpasti sama ada power cord anda rosak atau tidak:
- Gunakan power cord anda pada laptop lain. 
- Atau gunakan power cord lain pada laptop anda. 

- Adapter 

Adapter rosak membuatkan bateri anda tidak dicas dan laptop anda tidak dapat dihidupkan. Sepertimana power cord, ianya juga memerlukan cara penyimpanan yang betul atau cara gulung yang betul bagi mengurangkan risiko untuk ianya rosak. 

Adapter juga boleh diuji dengan cara yang sama seperti Power Cord. Namun begitu, adapter lebih mudah diperiksa jika terdapat LED padanya. LED tersebut selalunya berwarna biru, kuning ataupun hijau bergantung kepada jenama charger laptop yang digunakan. 

- DC Jack 

DC Jack merupakan satu port yang menghubungkan charger dengan motherboard. DC Jack kebiasaannya rosak secara tidak menentu. Bergantung kepada cara penggunaan individu yang menyambungkan charger ke laptop melalui DC Jack ini. Kebanyakkannya rosak gara-gara charger disambungkan ke laptop secara kasar dan agresif. 

DC Jack merupakan komponen pertama pada motherboard yang perlu diperiksa. Tiada cara lain untuk anda memeriksanya sendiri kecuali bateri laptop anda masih mempunyai kuasa.

Technician kami kebiasaannya menguji DC Jack dengan menggunakan satu alat yang membolehkan technician melihat bacaan arus (ampere) yang masuk kedalam laptop.

- Power Button 

Percaya atau tidak. Power button juga adalah punca yang kerap menyebabkan laptop tidak boleh dihidupkan. Power button sama seperti keyboard. Jika ditekan terlalu kasar dengan kerap, ianya akan rosak dengan lebih cepat. Penggantian power button semestinya memerlukan kemahiran kerana komponennya terletak didalam laptop. 


- BIOS 

Jika anda boleh lihat komponen yang kami tandakan dengan pen biru, ianya adalah cip BIOS. Cip BIOS akan ditanggalkan kemudian diprogram semula oleh technician. Kerja-kerja ini memerlukan fokus yang tinggi serta teliti bagi mengelakkan kerosakan pada komponen lain.


- Processor

Processor juga akan menyebabkan masalah laptop tak boleh on langsung. Bergantung kepada jenisnya, masing-masing harganya berlainan. Ada sesetengah laptop menggunakan processor yang boleh dicabut dari soket. Dan ada sesetengah processor yang tidak boleh dicabut kerana telah dicantumkan pada motherboard. Dan kosnya juga agak tinggi.

- Motherboard 
Motherboard rosak juga adalah penyebab laptop tak boleh on langsung. Selalunya disebabkan water damage. Ini sebabnya kami sentiasa mengingati agar tidak meletakkan sebarang minuman di tepi laptop anda. Bukan sahaja minuman, malah haiwan peliharaan juga perlu dijauhkan dari laptop kerana boleh menyebabkan water damage. Kami pernah repair laptop yang terkena air kencing kucing. Sungguh dahsyat baunya. 

Kami nasihatkan agar anda sentiasa menjaga dan memastikan laptop yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan baik. Servislah laptop anda 6 bulan sekali bagi memastikan kerosakan teruk dapat dielakkan. Dan pastikan keselamatan anda diutamakan semasa diagnose/repair laptop anda. 



Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan