Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Lajukan Laptop Dengan Membersihkan Registry

Cari Model Mac

Sabtu, 23 Disember 2017

Lajukan Laptop Dengan Membersihkan Registry

Lajukan Laptop Dengan Membersihkan Registry

 

Registry adalah sebuah pangkalan data (database) yang digunakan oleh aplikasi dan juga sistem untuk menyimpan, dan mengambil data. Segala apa yang kita lakukan pada laptop kita, ia akan menyimpan data itu di dalam registry.
Setiap hari, data baru akan disimpan di dalam registry. Windows tidak melakukan pembersihan secara automatik. Data yang disimpan selalunya didalam keadaan bersepah dan tidak teratur. Fail-fail registry mengenai program yang kita telah uninstalljuga masih berada di dalam registry.
Apabila kita mengemaskini program, ataupun install program yang baru, ia akan meninggalkan fail registry yang tidak berguna. Dan apabila terlalu banyak fail-fail yang tidak digunakan, ia akan menyebabkan kelembapan pada laptop.
Di dalam artikel ini kami syorkan anda untuk menggunakan CCleaner untuk proses ini.
Beberapa perkara penting sebelum melakukan pembersihan registry
  • 1.    Melakukan backup pada laptop sebagai langkah keselamatan.
  • 2.    Tutup semua aplikasi yang sedang berjalan untuk mengelakkan konflik data ketika pembersihan sedang dijalankan.
  • 3.    Jauhkan diri daripada laptop untuk memberikan laptop ruang untuk membersihkan registry.

Cara-cara membersihkan registry dengan Software CCleaner
  • 1.    Buka aplikasi CCleaner dan tekan pada bahagian Registry. (Kalau anda belum install software Ccleaner, anda boleh download secara percuma dari Google)
  • 2.    Tekan butang Scan for issues untuk melakukan proses pencarian.
  • 3.    Anda akan melihat senarai fail-fail registry yang telah dijumpai. Tekan butang Fix selected issues… untuk meneruskan proses.
  • 4.    Anda akan ditanya sama ada anda mahu melakukan backup atau tidak. Kami syorkan anda tekan butang Yes. Seandainya terjadinya masalah, kita boleh restore
  • 5.    Pilih lokasi fail untuk anda menyimpan fail backup. Kemudian tekan butang Save.
  • 6.    Tekan butang Fix All Selected Issues untuk melakukan pembersihan registry.
  • 7.    Setelah selesai, tekan butang Close.

Registry perlu dibersihkan dalam sebulan sekali untuk memastikan laptop di dalam keadaan yang baik.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan