Laptop Tak Boleh Connect Internet?
Kadang-kala laptop kita tak boleh
connect ke Internet. Jadi ini adalah cara untuk reset tetapan Internet pada Windows dan beberapa cara mudah
untuk kembali ke atas talian.
Sebelum
itu, jawab dua soalan ini:
1.
Bolehkah laptop atau gadget lain menyambung ke atas talian?
2.
Bolehkan anda buka laman sesawang menggunakan web
browser yang lain?
Jika
jawapan untuk kedua-dua soalan ini adalah tidak, masalahnya terletak pada
sambungan internet ataupun router yang
perlu ditetapkan semula dengan cara mematikan router tersebut
selama satu minit, dan hidupkannya kembali.
Jika
laptop atau gadget lain boleh mencapai Internet, ia mungkin masalah pada network adapter anda. Kebiasaannya, dengan
boot semula laptop, masalah ini dapat diselesaikan. Tetapi, anda juga perlu
pastikan Windows anda sudah diupdate sepenuhnya.
Cara
untuk memastikan Windows sudah dikemas kini:
- Buka Control Panel.
- Klik pada Windows Update.
- Tekan butang Check now.
- Jika ada update yang dijumpai, tekan View details.
- Pada skrin anda, akan terpapar senarai kemas kini yang anda boleh muat turun dan install kemas kini Windows.
Cara-cara untuk reset setting
Internet pada Windows 10:
- Tekan butang Start menu.
- Tekan pada ikon berbentuk gear/cog untuk membuka Settings.
- Tekan pada Network & Internet.
- Tekan pada tab Status dan skrol ke bawah dan tekan pada teks Network reset.
- Tekan pada butang Reset now.
- Apabila anda ditanya untuk pengesahan reset, tekan butang Yes.
Setelah
selesai, laptop akan di boot semula, kemudian Windows akan memberikan cara-cara
untuk menetapkan semula network anda.
Cara-cara untuk reset setting Internet
pada Windows 7, 8, 8.1:
Untuk
pergi ke Control Panel ia
agak berbeza untuk Windows 7 dan 8.
Windows 7: Tekan
butang Start dan
tekan pada Control Panel.
Windows 8 dan 8.1: Tekan
butang Windows dan Q pada papan kekunci serentak dan taip Control Panel.
- Tekan pada Network and Sharing Center.
- Tekan Change Adapter Settings pada bahagian sisi.
- Right-click pada adapter yang anda gunakan dan tekan Disable.
- Right-click lagi sekali dan tekan Enable untuk hidupkan semula network adapter.
Ianya
mudah sahaja untuk menyelesaikan masalah laptop tidak dapat sambungan Internet.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan