Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Layari internet di Mac melalui sambungan USB dan peranti Android.

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Layari internet di Mac melalui sambungan USB dan peranti Android.

Image result for phone connect usb to mac

Pernahkah anda hadapi masalah di mana Wi-Fi komputer Mac anda rosak (Wi-Fi: No hardware installed)? Ataupun anda  sangat perlukan sambungan internet tetapi tiada Wi-Fi, yang ada cuma sambungan LAN sahaja, tetapi kabel pula tiada. Yang ada pilihan sekarang hanya kabel USB dan peranti Android anda sahaja. Jadi… anda sebenarnya boleh menggunakan peranti Adroid anda untuk melayari internet di Mac melalui sambungan USB. Cumanya, anda perlu memuat turun satu driver ringkas pihak ketiga (hanya bersaiz 79kb) yang dikenali sebagai HoRNDIS. Ia merupakan driver yang akan membolehkan pengguna Mac mengakses internet melalui sambungan USB di Mac dengan menghubungkannya bersama peranti Android.
HoRNDIS merupakan pintu alternatif yang membuka jalan bagi membolehkan Mac dan peranti Android bekerjasama. Anda perlu memuat turun fail driver HoRNDIS terlebih dahulu dan masukkannya ke dalam Mac. Setelah selesai driver tersebut di masukkan ke dalam Mac, anda sambungkan peranti Android ke Mac melalui sambungan kabel USB. Di peranti Android, anda pergi ke Settings dan klik di bahagian More…
Tips: Layari internet menggunakan sambungan USB menerusi peranti Android
Selepas itu, pilih Tethering. Di sini anda aktifkan fungsi USB tethering bagi membolehkan anda melayari internet di Mac anda yang dihubungkan menerusi sambungan USB dan peranti Android tadi.
Kemudian, pergi ke System Preferences Mac dan pilih Network bagi memastikan Mac dan peranti Android anda berjaya dihubungkan seterusnya capaian internet menerusi sambungan USB dan peranti tersebut berjaya dilakukan. Jika tiada apa-apa yang berlaku di Network Mac tersebut, anda boleh cuba dengan Restart semula Mac anda dan cuba hubungkan Mac dan peranti Android anda lagi sekali. Sambungan Mac dan peranti Android akan dihubungkan secara Automatik. Anda cuma perlu pastikan yang anda telah pun mengaktifkan tetapan USB tethering di peranti Android anda.
Anda juga boleh kongsikan sambungan Wi-Fi yang dihubungkan ke peranti Android anda bersama dengan Mac melalui sambungan USB. Maksudnya, tidak semestinya anda mesti menggunakan data dari talian internet telefon anda untuk melayari internet di Mac jika ada sambungan Wi-Fi. Sekadar peringatan, ketika proses USB tethering berjalan, anda tidak boleh melakukan pemindahan data antara telefon dan Mac anda. Jika hendak buat pemindahan data antara Mac dan peranti Android, anda perlu nyah aktifkan terlebih dulu USB tethering yang aktif tadi. Selamat mencuba.
credit to ariffmac.com
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan