
Anda mungkin pernah ingin menamakan semula sesebuah fail di dalam Mac anda. Jika hanya satu fail sahaja (dengan menekan papan kekunci return) mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana jika anda ingin menamakan lebih daripada 5 atau mungkin banyak lagi? Pasti ia akan memakan masa jika anda mengubahnya satu persatu. Dalam macOS terdapat cara yang dapat memudahkan anda mengubah nama fail sekaligus yang dapat menjimatkan masa anda. Terdapat 3 kaedah untuk anda menukar atau menamakan semula sesebuah fail. Caranya adalah seperti berikut:-
1. Replace Text
Replace Text membolehkan anda menukar atau membuang teks yang sedia ada pada fail tersebut. Contoh adalah seperti berikut:-
- Mula-mula anda pilih selonggok fail yang hendak dinamakan semula. Kemudian klik butang kanan tetikus anda dan pilih Rename Items… seperti rajah di bawah.

- Selepas itu, akan keluar satu kotak dialog seperti rajah di bawah.

- fungsi Replace Text membolehkan anda menukar atau membuang teks pada nama fail tersebut. Sebagai contoh, anda hanya perlu menaip nama fail yang hendak ditukar dan masukkan nama baru bagi fail tersebut ataupun biarkan kosong pada ruang Replace with jika teks pada nama itu hendak dibuang. Contoh adalah seperti rajah di bawah.

- Setelah perubahan dibuat, klik butang Rename.
2. Add Text
Fungsi Add Text pula membolehkan anda menambah teks pada nama fail, sebelum atau selepas nama fail yang tersedia. Contoh adalah seperti rajah di bawah.

3. Format
Pilihan mengubah nama fail menggunakan Format pula adalah bagi memudahkan anda menukar atau membuang nama fail dan memasukkan nombor mengikut turutan. Di sini anda boleh membuat 3 pilihan memasukkan format nama bagi fail tersebut. Contoh adalah seperti rajah di bawah.
Contoh 1.

Contoh 2.

Contoh 3.

Semoga tips ini dapat membantu anda.
Jangan lupa share ya.
Jangan lupa share ya.
Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
- Slow
- Rosak
- Serangan Virus
Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda..
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
· WhatsApp Abang M
· Facebook Macnote studio
· Hotline 03-4010 3014
Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:
1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)
- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan