Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: MSI Mengumumkan Kad Storan Hibrid Yang Menggabungkan SSD M.2 Dan Cakera Keras 2.5 Inci

Cari Model Mac

Ahad, 24 Disember 2017

MSI Mengumumkan Kad Storan Hibrid Yang Menggabungkan SSD M.2 Dan Cakera Keras 2.5 Inci

Di acara Computex tahun ini, MSI bukan sahaja mengumumkan ketibaan papan induk, kad grafik dan laptop yang baru, tetapi juga sebuah prototaip kad storan hibrid yang menggabungkan storan cakera keras 2.5 inci dan juga dua SSD M.2 untuk membuat sebuah cache  yang mempercepatkan kelajuan cakera keras tersebut.
Menurut MSI, kedua-dua SSD M.2 tersebut boleh disambungkan dengan array RAID 0, dan hadir dengan kelajuan data setinggi 7,200MB/smenggunakan slot PCIe 3.0 x8. Melalui kad storan hibrid ini, pengguna boleh mengakses data dengan sangat pantas, hampir sepantas RAM sepanjang masa tanpa perlu risau mengenai kehilangan data.
MSI juga menggunakan super capacitor yang mampu menyimpan data walaupun bekalan kuasa komputer terputus sebagai langkah keselamatan.
Dari segi penyejukan pula, kad storan ini disejukkan menggunakan kipas kecil yang akan mengalirkan haba daripada SSD-SSD tersebut. Buat masa ini, MSI menyatakan bahawa kad ini hanya akan hadir bersama-sama komputer desktop oleh MSI. Syarikat tersebut masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk menjualnya secara berasingan.
credit to amanz.my
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan