Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Nak Bateri Tahan Lebih Lama? Buat 3 Perkara Ini – Part 1

Cari Model Mac

Isnin, 25 Disember 2017

Nak Bateri Tahan Lebih Lama? Buat 3 Perkara Ini – Part 1

Nak Bateri Tahan Lebih Lama? Buat 3 Perkara Ini – Part 1

 

Sebenarnya ada cara yang boleh dikongsikan, macam mana nak buat bateri laptop tu tahan lama. Ramai di antara pengguna laptop yang tak tahu, walaupun laptop tu baru di beli atau bateri baru ditukar.
Dengan beberapa “tweak” kecil kat bawah ni dapat membantu dan manage pengunaan kuasa bateri laptop anda.
1. Cabut apa-apa peralatan yang tidak digunakan.
Contohnya:
-external hdd
-external webcam
-mouse
-external speaker
Sekiranya anda boleh, cuba elakkan daripada menggunakan peralatan yang menarik kuasa dari bateri laptop anda seperti mouse dan mengecas handphone. Tiada benda yang boleh menyedut kuasa bateri selain daripada anda mengecas handphone..
Anda juga harus cuba mengelakkan dari menggunakan pemacu DVD ini kerana ia juga menggunakan kuasa yang banyak.
2. Tutup aplikasi yang tidak digunakan.
Jika anda telah selesai menggunakan apa-apa aplikasi, jangan biarkan ia terbuka. Sekiranya ia masih lagi berjalan, sekurang-kurangnya aplikasi tersebut menggunakan beberapa ataupun sebahagian dari PROCESSOR dan juga MEMORY RAM.
Sekiranya ini berlaku laptop anda akan mengambil kuasa bateri dan memberikan tenaga kepada komponen laptop hanya untuk menjalankan aplikasi yang tidak digunakan.
Apabila anda selesai menggunakan aplikasi tertentu, dinasihatkan supaya menutup aplikasi tersebut supaya laptop anda tidak perlu bekerja dan menarik kuasa bateri untuk aplikasi yang tidak digunakan.
Ini dapat menjimatkan lagi penggunaan bateri laptop anda dari habis atau DRAIN dengan cepat.
3. Jangan overcharged bateri laptop
Elakkan daripada kerap plugged in charger sekiranya bateri laptop dah penuh (sebagai contoh bateri 80% dan anda cas, ini akan percepatkan bateri “kong”).
Sebab bateri laptop ada kitaran, sebaiknya ada amalkan cas bateri apabila dah 20%.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan