Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Perbezaan RAM DDR2 & DDR3

Cari Model Mac

Selasa, 19 Disember 2017

Perbezaan RAM DDR2 & DDR3



Pertama sekali, bila di lihat pada kaki RAM DDR2 & DDR3 adalah berlainan, jadi jika ada persoalan, bolehkah saya guna RAM DDR3 di motherboard yang support untuk RAM DDR2?. Jawapannya adalah TIDAK BOLEH!.


Bandwidth

Bandwidth ni adalah process penghantaran data ataupun frekuensi di dalam komputer itu sendiri, semakin tinggi bandwidth, semakin bagus penghantaran data itu.

DDR2 - pengeluaran RAM ini dimulai dgn 400mhz, 667mhz, 800mhz dan lain-lain.
DDR3 - RAM ni pula keluar dengan 1033mhz, 1333mhz, 1600mhz dan pelbagai lagi.

Jadi di sini, RAM DDR3 adalah lagi bagus Bandwidthnya, jadi penghantaran data adalah lagi bagus berbanding dengan RAM DDR2.


Latency

Ini pula tempoh sampai data hingga ke penghantaran data supaya dapat dicapai dgn tempoh yang cepat.

Ni antara latency yang ada pada RAM DDR2
DDR2: DDR2-1111 4-4-4-12. DDR2-1250 5-5-5-15

RAM DDR3 Pula.
DDR3: DDR3-1333 9-9-9-24

Pencapaian data paling cepat adalah DDR3, kerana latencynya adalah tinggi dari DDR2.


Penyimpanan Data Sementara

Tak tahu apa yang boleh diguna dalam bahasa Melayu, sebab dalam english adalah Internal Banks, ini adalah penyimpanan data dalam RAM untuk sementara sebelum di access untuk dihantar ke komputer.

DDR2 : 4 internal banks.
DDR3 : 8 internal banks.

DDR3 lagi bagus internalnya, kerana internal banks yang besar, jadi dapat lagi mengurangkan latency yang ada.


Memori Voltage

DDR2 : 1.8V +/- 0.1 V
DDR3 : 1.5V +/- 0.075V

DDR3 menjimatkan elektrik lagi, dan pada yang suka overclocking lagi bagus, kerana makin rendah penggunaan volt, makin seronok nak overclock RAM ni.


Penggunaan Kuasa/Power Consumption

DDR2: RAM ini memang banyak menggunakan elektrik.
DDR3: RAM ini di cipta untuk tidak akan menggunakan banyak kuasa apabila "idle" ataupun membuat sesuatu kerja yang biasa-biasa, seperti buat kerja menggunakan Microsoft Word dan sebagainya. Jadi bila banyak digunakan seperti bermain games, membuat kerja design-design dengan menggunakan software yang berat seperti Adobe Master Collection dan pelbagai lagi, barulah RAM ini akan menggunakan kuasa yang banyak.

DDR3 lagi menjimatkan elektrik.


Kesimpulan

Jadi kesimpulannya, RAM DDR3 lebih menjimatkan elektrik & pantas untuk memproses/penghantaran data.

Ingin guna DDR3?. Pastikan motherboard anda support untuk DDR3, Kalau tidak tahu, jangan segan silu bertanya kepada orang yang lebih pakar. Jika tidak, memang tak boleh pasang.

Harga DDR3 sekarang ni tidak mahal seperti dulu, cuma motherboard yang support DDR3 ni agak mahal dari motherboard yang support DDR2.


Inilah perbezaan di antara kedua-dua jenis RAM ini, kalau ada lain info mungkin akan di update..


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan