Pakar Repair MacBook Sekitar Lembah Klang | Mecnote – Servis Pantas & Berkualiti: Pilihan Skrin Paparan Untuk Gaming?

Cari Model Mac

Khamis, 14 Disember 2017

Pilihan Skrin Paparan Untuk Gaming?

Pilihan Skrin Paparan Untuk Gaming?


 

Ramai yang masih keliru nak pilih skrin paparan untuk PC binaan, lebih lebih lagi terdapat banyak ciri nak pilih. Jadi untuk memudahkan anda, berikut ialah beberapa tips untuk pilihan skrin paparan untuk PC gaming anda.
Target Resolusi Permainanan 1080p vs 1440p vs 4K
Perkara pertama ialah target resolusi permainan anda. Pilihan utama yang ada ialah 1080p (HD penuh), 1440p  atau 4K. Jika anda sorang budget gamer, skrin menyokong 1080p ialah pilihan terbaik anda. Hal ini kerana, semakin tinggi resolusi, anda perlukan spesifikasi PC yang tinggi.
Jika anda berhajat membeli atau menggunakan kad grafik GTX1070, pilih skrin menyokong 1440p. Ini akan memaksimakan setiap duit yang anda belanja  untuk kad grafik anda.
Jika berhajat membina PC dengan kad Grafik GTX1080 atau setaraf, anda boleh membeli 4K skrin. Berbaloi kerana PC anda mampu menyokong resolusi 4K dengan 60fps.
Saiz Paparan Skrin Pilihan
Skrin menyokong 1080p paling optimum ialah paparan bersaiz 24″. Jika lebih dari itu, paparan akan kelihatan kurang tajam disebabkan oleh kepadatan pixel yang kurang pada saiz yang berlebihan.
Selain itu, skrin yang terlalu besar akan menyebabkan jarak anda dengan skrin perlu jauh. Ini menyusahkan jika anda bermain permainan mengadap paparan di  depan meja.
Sama juga untuk skrin 1440p, pilihan saiz pada 25-27″ ialah paling optimum. Jika membeli 4k paparan bersaiz 30-32″ paling sesuai.
Kadar Refresh Skrin & Respond Time
Paling minimum ialah 60hz. Jika bermainan permainan memerlukan kadar refresh tinggi seperti CS:GO, dapatkan yang lebih tinggi seperti 144Hz atau 244hz. Semakin tinggi kadar refresh lagi elok, tetapi anda perlukan spesifikasi PC yang dapat menyokong kadar refresh skrin anda.
Semakin rendah respond time juga lagi bagus. Permainan FPS yang competitif seperti CSGO memerlukan respond time yang rendah.
Jenis Panel Skrin
Sekarang ini ada banyak jenis teknologi panel skrin. Untuk kadar refresh rate yang tinggi biasanya menggunakan TN panel. Malah jenis menggunakan panel TN menyokong kadar respon time yang rendah, menjadikannya sesuai untuk gaming. Kelemahan TN ialah warna yang kurang tepat disamping limitasi pada viewing angle. Tapi kalau main game mesti nak tengok dari depan kan?
Untuk panel jenis IPS pula, kelebihannya ilah ketepatan warna serta menyokong viewing angle yng tinggi. Maknanya, jika tengok dari tepi 80 darjah pun masih nampak paparan skrin. Kelemahannya pula ialah respon time yang agak tinggi serta tidak menyokong refresh rate yang lebih 60hz.
Namun begitu ada yang menggabungkan teknologi panel TN & IPS, tapi harga mahal. Mahal tapi terbaik.
Lain-lain Spesifikasi Skrin
Lain-lain skrin yang dikonsider ialah seperti sokongan G-Sync dari Nvidia atau  Freesync dari AMD. Skrin yang menyokong teknologi ini pastinya akan lebih mahal.
Bezel nipis juga menjadi spec utama. Ini akan memudahkan ada membuat gabungan  3 skrin pada masa depan. Malah bezel nipis lebih bergaya.
Skrin lengkung pula bagi saya hanya hype sahaja. Bergantung pada diri anda jika inginkan ciri tambahan ini.
Skrin boleh laras ketinggian dan dipusing juga ciri tambahan mesti ada. Senang untuk anda set aras mata dan cara duduk anda.
Jadi apakah monitor pilihan anda? 
Bergantung kepada budjet yang anda ada, pelbagai pilihan paparan skrin yang baik ada di pasaran. Setkan target resolusi gaming, kemudian pilihlah spec lain berdasarkan duit yang anda ada. 


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan